Serious?!

“Dia telah maki hamun,”- Vida saman Azwan Ali!

Oleh  | 

TIADA ibu yang boleh menerima kata-kata kesat yang dilemparkan kepada anak mereka. Begitulah juga perasaan Datuk Seri Vida apabila pengacara Azwan Ali menghina fizikal anak perempuannya dan arwah anak lelakinya yang terkorban akibat kebakaran dalam sebuah video di laman Twitter.

Bukan itu sahaja, Vida juga cakap Azwan Ali ada memuat naik video membakar selendang dan dua botol minyak wangi bernilai ratusan ringgit pemberiannya. Semua ini terjadi kerana Vida dikatakan enggan membayar sejumlah wang ketika persembahannya.

Vida tampil memberi penjelasan ketika di  karnival yang bertempat di Angsana Johor Bahru Mall itu. Azwan merupakan salah seorang usahawan  yang menyertai karnival itu sebagai vendor.

“Pihak kami tak jemput dia untuk buat persembahan. Ketika Azwan naik ke pentas, ingatkan dia nak membuat promosi produk seperti vendor lain,”

Azwan juga ada menghina fizikal Cik B dan arwah anaknya dan Vida menyifatkan perbuatan itu sebagai keterlaluan. Maka, Vida telah mengambil tindakan saman malu kepada Azwan Ali kerana memuat naik video tersebut.

“Walaupun keadaan anak saya begitu. Tiada sesiapa yang berhak mencela fizikal orang lain. Itu bukan nak cari publisiti atau cari duit. Tapi ia lebih kepada mengajat warganet supaya berhati-hati dengan penggunaan internet,” katanya

Vida juga turut meminta Azwan membuat pemohonan maaf secara terbuka dan menandatangani surat akuan terbuka menarik balik kenyataan dan video yang dimuat naik ke laman sosial. Azwa Ali sepatutnya boleh berjumpa terus dengan Vida untuk berbincang mengenai ini. Namun Vida sedikit kesal kerana Azwan Ali memilih sebaliknya dan memuat naik video

Dengar kata Diva AA pun nak buat kenyataan akhbar nanti? Sama-sama kita doakan agar semuanya boleh berdamai semula.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my