Serious?!

Diari Ramadhan Rafique buat comeback? Serius laa…

Oleh  | 

Masih ingat lagi tak sekitar tahun 2006 ketika bulan ramadhan, kita mesti akan melekat depan televisyen sebab nak tonton drama Diari Ramadhan Rafique? Childhood memories sangat untuk siapa yang lahir pada tahun 90-an kan ?

Drama Diari Ramadhan Rafique merupakan drama yang pernah menjadi fenomena dan kegemaran rakyat Malaysia tanpa mengira umur pada waktu itu. Hebat kan? Now, dengar cerita drama ini akan kembali menceriakan kita pada ramadhan ini. Tak sabar Dhia nak tunggu drama ini ditayangkan!

Drama ini kembali sebagai Diari Ramadhan Rafique Reunion dan barisan pelakon masih lagi mengekalkan dengan yang lama.  Menurut sumber dari akaun Instagram salah satu pelakon drama ini, Normah Damanhuri, dia memberitahu yang dia akan kembali ke set semula bersama pelakon utama drama ini, Rozita Che Wan setelah 13 tahun.

Selain Normah Damanhuri, Diari Ramadhan Rafique Reunion juga bakal dibintangi oleh Rozita Che Wan, Zed Zaidi, Zarynn Min, Roy Azman dan ramai lagi. Drama ini bakal ditayangkan di TV3 pada Ramadhan ini.

Rata-rata netizen excited untuk menunggu drama ini ditayangkan.

 

Korang excited tak? Tak sabar nak tunggu apa pula konflik yang berlaku kepada keluarga Rafique kali ni. Mesti menarik!

 

Berita baik untuk penggemar cheese cake! Cat & The Fiddle My ada buat promotion 16% 0ff dan penghantaran percuma. Banyak pilihan cheese cake yang korang pilih di Cat & The Fiddle My.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my