Inspirasi Dhia

Dibuli di ‘office’, ini sepatutnya tak berlaku!

Oleh  | 

SIAPA kata buli hanya terjadi di sekolah dan kelas sahaja? Tak ramai yang tahu buli boleh berlaku di mana sahaja tanpa mengira peringat umur. Sebab itulah tak ramai yang menyedari mereka sebenarnya sedang dibuli di tempat kerja.

Bila nak sembang fasal ini, kita harus mengetahui bahawa buli boleh datang pelbagai bentuk termasuklah dipukul, gangguan seksual, dipulaukan, melakukan pekerjaan yang tiada kena mengena dengan jawatan kamu, melakukan tugasan banyak dengan sumber yang sikit atau mengubah jadual kerja tanpa mengikut persetujuan kamu.

via GIPHY

Dengan semua perlakuan di atas, kamu mungkin menghadapi tekanan, hilang keyakinan, takut, cemas, tidak boleh mempercayai orang dan tidak bersemangat untuk pergi kerja setiap hari.

Familiar dengan tanda-tanda di atas? Ok girls, let’s do something!

Semak peraturan di tempat kerja

Orait, sekarang semak sama ada syarikat kamu ada tak undang-undang yang melindungi hak pekerja. Biasanya ada pada bahagian sumber manusia dalam pejabat kamu. Kalau ada prosedur tertentu di syarikat kamu, terus buat aduan kepada mereka tanpa perlu berfikir dua kali.

Rekodkan

via GIPHY

Tuliskan segala-galanya yang kamu lalui. Ia boleh menjadi bahan bukti. Secara spesifik, nyatakan tarikh, siapa dan bagaimana dia membuli kamu. Ia juga termasuklah siapa di sisi kamu yang pernah membela kamu.

Bercakap dengan seseorang yang kamu percaya

via GIPHY

Kongsikan masalah kamu ini kepada seseorang yang kamu percaya. Tak kisahlah sama ada ia adalah kawan rapat, kekasih atau mak cik cleaner. Kongsikan beban di bahu kamu. Jangan tanggungnya di bahu kamu seorang.

Cakap di depan matanya

Jika mereka tidak akan menyakiti fizikal kamu, kumpulkan kekuatan dan bertentang matalah dengan mereka yang membuli kamu. Jadi positif tetapi tegas untuk bercakap isu ini bersama mereka. Beritahu mereka perlakuan mereka tidak menyenangkan dan mereka harus berhenti melakukannya. Jangan biarkan diri kamu dilekehkan. Untuk ambil kekuatan, boleh dengar lagu-lagu dalam playlist ini

Back up plan

Kalau kamu sudah melakukan kesemua perkara di atas namun tetap juga kamu dibuli bagai tiada hari esok. Maka, buatlah plan B untuk mencari pekerjaan yang lebih membuatkan kamu bahagia. Sudah masanya kamu tinggalkan syarikat yang juga membuli itu di belakang kamu. Move on girls!

 

Sumber: news.com.au

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my