Serious?!

Dikatakan penyebab bunuh diri, ex boyfriend Goo Hara ‘kunci’ akaun Instagram!

Oleh  | 

BERITA kematian bekas ahli kumpulan Kpop terkenal, Goo Hara telah sekali lagi menggemparkan dunia. Seperti ada yang tak kena dalam industri hiburan di Korea apabila satu persatu artis mereka bunuh diri. Bercerita tentang punca ahli kumpulan KARA itu bertindak bunuh diri, ada yang mengaitkan ia dengan ancaman yang diterima artis itu daripada bekas kekasihnya.

Sebelum ini bekas kekasihnya, Cjoi Jongbum yang juga bekerja sebagai pendadan rambut pernah ada kes yang besar dengan selebriti Korea ini. Goo Hara pernah diserang oleh bekas kekasihnya itu waktu tengah tidur. Bukan itu saja, bekas kekasih dia pun pernah ugut nak sebarkan video seks mereka.

Dikatakan penyebab artis kesayagan ramai itu bunuh diri dan diserang oleh warganet, Jongbum akhirnya mengubah akaunnya kepada private.  Bukan apa, setakat semalam, ramai juga yang mengugut untuk bunuh Jongbum sejak kematian Goo Hara.

Kemarahan peminat Goo Hara memuncak sehingga ada yang melabel Jongbum sebagai pengecut.

Semalam, hashtag #Punish_Choi_Jong_Bum menjadi trending di laman sosial dan meminta pihak berkuasa untuk menyiasat kes bunuh diri artis Korea itu.

Bukan itu sahaja, perniagaan milik Jongbum juga tutup sementara. Terdahulu, Hara ditemui mati dirumahnya oleh pembantu rumah. Ada sebuah nota bertulis perkara buruk tentang pelakon itu ditemui oleh pihak polis.

Sumber: Malaymail

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my