Serious?!

Dinobat wanita paling berpengaruh, Nurul Izzah ucap terima kasih di Twitter

Oleh  | 

SIAPA yang tidak kenal dengan wanita besi yang bijak dan berkarisma bernama Nurul Izzah Anwar. Menyandang jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh sering menjadi tumpuan atas hujahnya di dewan rakyat.

Tidak cukup dengan itu, beliau juga pernah viral dan gaya tudungnya pernah dikatakan paling popular pada lebaran tahun lalu sejurus selepas kemenangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pilihan raya yang lalu.

Baru-baru ini, beliau telah dinobatkan sebagai Wanita Paling Berpengaruh oleh Influential Brands.

Rata-rata pengguna laman sosial mengucapkan tahniah kepada Yb Nurul Izzah dan menyatakan bahawa beliau sangat layak menerima penghargaan seperti itu

Anugerah tersebut diberikan pada Sidang Kemuncak CEO Asia 2018 di Singapura baru-baru ini sebagai penghargaan kepada usaha memperkasa wanita di serata tempat. Bravo YB!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my