Serious?!

Disebabkan Babi, Nyamuk disalah sangka!

Oleh  | 

SEORANG demi seorang tumbang dan mati akibat virus Nipah yang pernah menyerang Malaysia pada tahun 1998 suatu ketika dahulu.

Akibat virus ini, angka kematian meningkat sehingga lebih daripada seratus orang. Virus ini mencetuskan panik dikalangan rakyat Malaysia kerana tiada penawar dalam bentuk apa pun!

Kerajaan pada ketika itu menjadi buntu untuk menyelesaikan masalah ini kerana pelbagai usaha yang mereka jalankan menemui kegagalan. Ini disebabkan sangkaan yang salah dimana mereka percaya bahawa virus ini  adalah virus JE yang berpunca penyebaran daripada nyamuk .

via GIPHY

Keadaan ini diselamatkan oleh dua orang doktor  yang bernama Dr Chua dan Dr Tan apabila salah seorang daripada mereka menyedari virus ini tidak menyerang orang muslim.

Setelah mencuba untuk menjelaskan dan menegakkan perkara ini kepada pihak berkuasa, usahanya bertemu dengan kegagalan kerana pihak berkuasa pada ketika itu tetap menegaskan ia berpunca daripada nyamuk yang menyebar virus je .

via GIPHY

Disebabkan tersilap sangkaan, kerajaan mengambil langkah dengan melakukan semburan nyamuk secara berterusan. Dalam pada waktu yang sama, virus ini terus meragut nyawa manusia dan kes kematian semakin meningkat.

Kedua orang doktor itu meminta oleh professor mereka untuk dihantar ke Pusat Kawalan Penyakit di United State untuk membuat kajian tentang penyakit yang disangka bawaan nyamuk itu. Tapi sebenarnya, Dr Chua menyeludup virus Nipah dengan menyimpan di dalam bagasinya!

Foto:uf.cari.com.my

Dr Chua mengambil risiko yang sangat tinggi dengan melanggar sistem keselamatan negara demi menyelamatkan negara kita. Setelah tiba di Pusat Kawalan Penyakit tersebut, Dr Chua mengkaji virus tersebut untuk membuktikan bahawa ianya bukanlah virus yang dibawa daripada nyamuk.

Keputusan yang dikeluarkan oleh Pusat Kawalan Penyakit di United States itu menunjukkan seperti yang disangkakan oleh Dr Chua dan Dr Tan sendiri. Keputusan menyatakan virus yang menyerang manusia di Malaysia adalah bukan daripada nyamuk tapi sebenarnya daripada babi.

Foto:forum.facmedicine.com

Setelah dua orang doktor ini berjaya, mereka terus menghubungi pihak berkuasa di Malaysia dan memaklumkan perkara tersebut. Mereka juga meminta kerajaan untuk memberhentikan segala bentuk semburan untuk menghapuskan nyamuk.

Mereke meminta kerajaan untuk menghapuskan babi serta merta. Anggota tentera dikerah untuk menggali lubang yang besar dan babi ditolak dan ditembak mati. Dijangka lebih kurang sejuta babi dihapuskan.

Akhirnya usaha tersebut berkesan dan kes kematian berkurangan. Akibat daripada itu, pengurusan ladang babi berubah dengan lebih bersih dan teratur. Untuk menentukan virus Nipah ini, ia mengambil selama 10 tahun untuk mengesan punca asal dari mana datangnya virus Nipah ini.

Rupanya, virus Nipah ini berpunca daripada kelawar dan daripada itu, ladang babi menjadi tempat penyebaran virus ini kepada manusia. Dr Chua dan Dr Tan dianugerahkan Merdeka dan Anugerah Sains Mahathir atas usaha mereka menyelamatkan negara Malaysia dan seluruh daripada virus Nipah ini!

Foto:blog.maukerja.my

Sama seperti Coronavirus yang menyerang seluruh dunia pada masa kini, rakyat Malaysia sangat berhati-hati dan semoga kita tidak terlepas pandang dalam kesibukkan melindungi diri.

 

Sumber:Detektif Mat Despatch

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my