Serious?!

Disebabkan benci hari Isnin, perempuan ini membunuh….

Oleh  | 

DUNIA kita dah banyak kali digegarkan dengan kes tembak di luar negara yang mengorbankan banyak nyawa. Pernah tak korang terfikir macam mana boleh bermulanya kes seperti ini? Dan mengapa remaja yang banyak terlibat ? Korang tahu tak ada yang menyatakan sebenarnya kes tembak disekolah yang pertama ini pelakunya adalah seorang remaja perempuan pada tahun 1979.

Foto:timeline.com/school-shooter-brenda-spencer-

Brenda Ann Spencer merupakan seorang remaja yang berusia hanya 16 tahun pada ketika itu telah membunuh dua individu di Sekolah Elementari Cleveland Grover yang terletak di San Diego,California. Dua individu yang terbunuh adalah pengetua sekolah tersebut dan juga penjaga salah seorang kepada kanak-kanak tersebut.

Foto:https://www.thesun.co.uk/wp-content/uploads

Brenda melepaskan tembakan ke arah sekolah tersebut dan mencederakan 8 kanak-kanak  sejurus selepas pengetua sekolah tersebut membuka pagar sekolah untuk kanak-kanak masuk.

Dalam insiden teruk itu, seorang pegawai polis pun turut cedera terkena tembakan yang dilepaskan dari Brenda. Setelah Brenda ditahan, dia memberikan jawapan yang paling sukar untuk diterima dan dipercaya. Brenda menyatakan dia benci akan hari Isnin yang menyebabkan dia bertindak sedemikian.

Foto:https://www.thesun.co.uk/wp-content/uploads

Tapi sis rasa mesti ada sebab lain mengapa dia bertindak sebegitu, mustahil sangat lah sebab tak suka hari Isnin je bantai nak pergi bunuh orang? Dan kenapa sekolah kanak-kanak yang menjadi mangsa kepada kebencian dia terhadap hari Isnin?

Sis boleh faham lagi kalau sesetengah orang memang moody pada hari Isnin ni. Sebab apa? hari Isnin lah paling banyak kerja dan paling sibuk serta stress pada kebanyakkan orang. Sis pun moody jugak tapi tak la sampai nak bunuh orang kan?

Brenda dimasukkan kedalam hospital dan mendapati dia mempunyai masalah depresi. Yang pelik, bapa dia tidak setuju langsung dengan statement hospital tu. Brenda menceritakan bagaimana dia mempunyai senapang itu ketika sedang dibicarakan dan dia memberitahu itu adalah hadiah daripada bapanya sendiri.

Ada juga sumber yang menyatakan Brenda Ann Spencer ini terpengaruh dengan lagu yang berjudul I Don’t Like Mondays daripada sebuah band yang popular pada ketika itu.

Brenda juga turut menambah, menyatakan bahawa Brenda meminta sebuah radio namun bapanya memberikan senapang dan merasakan yang bapanya menginginkan dia untuk membunuh dirinya sendiri. Sehingga ke hari ini Brenda Ann Spencer masih lagi berada di dalam penjara.

Sumber:Thepatriots.asia 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my