Serious?!

Dituduh putar belit fakta nama, wartawan berang dengan Nur Sajat!

Oleh  | 

BARU-BARU ini kecoh apabila akhbar tempatan melaporkan kisah usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat dihadapkan ke mahkamah membabitkan kesalahan tidak melunaskan cukai di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Apa yang menjadi kekecohan di laman sosial ialah kebanyakan laporan tersebut mencatat nama Muhammad Sajjad Kamaruzzaman sebagai tertuduh dalam kes tersebut.

Rata-rata membuat spekulasi nama yang dicatatkan sebagai nama sebenar beliau sekali gus menjawab teka-teki ramai orang berkenaan jantina sebenar usahawan cantik itu.

Laporan tersebut mengundang reaksi Nur Sajat sendiri, yang menegaskan namanya tiada ‘Muhammad’ mengikut kad pengenalan.

 

BACA:  Muhammad Sajjad bukan nama sebenar saya. -Sajat

 

Dalam satu catatan di laman Instagram-nya (@ajramjat), Sajat juga menyatakan wartawan tidak memberikan info yang tepat dan diputarbelitkan, selain menuduh mereka menyunting laporan bagi menguntungkan laman.

Catatan Sajat itu bagaimanapun mengundang reaksi ‘panas’ salah seorang wartawan akhbar tempatan yang membuat laporan kes tersebut di mahkamah.

Wartawan tersebut, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan, menerusi satu catatan di laman Facebook-nya, Eyrra Buqhairah menganggap kata-kata Sajat menerusi kapsyen di IG-nya penuh dengan kata-kata fitnah terhadap profesion kewartawanan.

 

Katanya lagi, meskipun telah menerangkan secara panjang lebar kepada pembantu peribadi Sajat meskipun dirayu berkali-kali untuk menarik nama sebenar beliau daripada laporan.

“Untuk makluman semua, kami (wartawan meja mahkamah) hanya menulis berdasarkan fakta yang berada ditangan kami. Ia fakta yang sah dan tidak boleh dinafikan,” tulis Buqhairah.

Buqhairah juga mendakwa pihak media tidak akan memutar belit laporan dan setiap laporan adalah bersandarkan dokumen dan tindakan Muhammad Sajjad ini boleh didakwa.

“Jangan kata kami putar belit kerana setiap laporan kami bersandarkan dokumen sedangkan awak sedaya upaya cuba menegakkan benang basah sehingga terbelit diri sendiri.

“Suka saya ingatkan awak Muhammad Sajjad, memberi atau mereka keterangan palsu apatah lagi di dalam mahkamah boleh didakwa mengikut Seksyen 193 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda.

 

 

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my