Serious?!

Dituduh rasis, pertunjukkan fesyen Dolce & Gabbana dibatalkan di China

Oleh  | 

SIAPA sangka video berdurasi kurang seminit yang dimuat naik Dolce & Gabbana di laman Instagramnya telah mengundang kontroversi di China.

Video yang menampilkan seorang wanita China menikmati pelbagai jenis makanan menggunakan penyepit.

Berikutan hal itu, jenama tersebut dibatalkan untuk menyertai peragaan busana yang dijadualkan di Shanghai.

Terdapat juga selebriti China yang mengambil keputusan untuk memboikot dan tidak menghadiri peragaan busana tersebut seperti Zhang Ziyi, Wang Junkai dan Li Binging.

Kekecewaan dan kemarahan warga China masih dibincangkan sehingga kini apabila ia masih menjadi topik utama bualan netizen di laman sosial Weibo.

Walau bagaimanapun, jenama fesyen dari Itali itu telah memuat naik satu kenyataan di laman Instagramnya menyatakan akaun milik mereka telah digodam dan meminta maaf atas segala yang berlaku kepada masyarakat China.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dolce & Gabbana (@dolcegabbana) on

Sumber: CNN 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my