Serious?!

Doktor terawal memberi amaran coronavirus dan tidak diendahkan, meninggal dunia

Oleh  | 

SEORANG doktor yang cuba memberi amaran terawal tentang coronavirus meninggal dunia akibat coronavirus.

Mengikut sumber, Doktos Li dihukum atas tuduhan untuk cuba menyebarkan berita palsu. Akan tetapi beliau sendiri meninggal dunia akibat terjangkit dengan virus tersebut.

Doktor Li menghemburkan nafas terakhir pada pukul 3 pagi mengikut waktu tempatan hari ini. Doktor ini dikatakan cuba memberi amaran tentang coronavirus pada 30 Disember dengan menghantar pesanan kepada kumpulan alumni beliau.

Foto:cdn.cnn.com

Doktor Li menasihatkan kumpulan alumninya untuk memakai ‘protective clothing’ bagi bertujuan untuk melindungi diri daripada terjangkit dengan virus tersebut.

Bukan itu sahaja, Doktor Li juga turut memberitahu, tujuh pesakit daripada pasar tempatan  mereka telah dijangkiti dengan virus tersebut dan dikuarantin di hospital.

Foto:s3-ap-northeast-1.amazonaws.com

Satu tangkapan skrin yang menjadi tular di platform media sosial Weibo di China menunjukkan beliau dan tujuh individu lagi dituduh menyebarkan berita palsu oleh polis Wuhan dimana polis tersebut cuba untuk mendiamkan Doktor Li.

Tambahan lagi, Doktor tersebut diarahkan untuk memberikan tandatangan ke atas sepucuk surat dimana surat tersebut menyatakan dia telah membuat berita paslu dan cuba untuk menganggu ketenteraman awam lebih daripada sekali.

Akhir sekali, Doktor Li jatuh sakit pada awal Januari setelah memberi rawatan kepada seorang wanita yang dijangkiti penyakit glukoma dan disahkan menghidap coronavirus pada 1 Febuari lepas.

 

Sumber:News.sky.com

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my