Serious?!

Dompet Yang Hilang Ditemui Selepas 62 Tahun

Oleh  | 

SETELAH…..KU DI MILIKI!! Eh bukan. Setelah 62 tahun tidak dijumpai dan tidak dapat dikesan oleh tuannya, dompet yang hilang dari 1957 akhirnya ditemui tersembunyi disebalik lokar dan dinding disebuah sekolah di North Canton, Ohio.

Di dalam dompet tersebut mempunyai artifak yang bernilai dan mengimbau kenangan bagi tuan milik dompet tersebut. Dompet itu ditemui selepas seorang maintainance cuba untuk membetulkan loker dikawasan tersebut.

Sumber: Facebook

Dompet itu milik seorang pelajar bernama Patti Rumfola dan warga internet bantu sekolah tersebut mencari keluarga Patti.

Namun Patti Rumfola telah meninggal dunia ketika berumur 71 tahun. Sejak dompet itu ditemui, ramai orang yang teringin nak tengok dan tahu apa yang terdapat di dalam dompet tersebut.

Sumber: Facebook

Lima orang anak Patti akhirnya telah bersetuju dan memberi kebenaran kepada sekolah tersebut untuk share apa yang terdapat di dalam dompet tersebut kepada warga internet. Dan ini diantara barang yang korang boleh tengok.

Sumber: Facebook

Di dalam dompet tersebut mempunyai sikat dan alatan solek dan paling mengagumkan, dompetnya kelihatan masih elok. Selain itu terdapat beberapa keping gambar hitam putih, kad perpustakaan, jadual perlawanan bola sepak dan gula-gula getah turut ada dalam dompet tersebut.

 

Sumber:Facebook

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my