Serious?!

Dora The Explorer kupas makna kesunyian paling besar

Oleh  | 

SIAPA yang tak tahu kartun terkenal yang telah menjadi sebahagian besar dari zaman kanak-kanak kita semua. Mana tidaknya, kanak-kanak perempuan yang disifatkan sebagai seorang pengembara yang akan menggalas beg dan membawa peta selalu sahaja bersiaran setiap petang. Setelah 20 tahun karakter yang disifatkan sebagai ikon kanak-kanak ini diwujudkan, kini watak Dora mula menjengah pawagam menerusi Dora and the Lost City of Gold

Kalau kita biasa melihat Dora sebagai kanak-kanak enam tahun. Dalam filem ini, korang boleh menyaksikan Dora seorang remaja berusia 16 tahun. Dora, watak yang dilakonan Isabela Moner ini merupakan anak profesor yang dibesarkan di dalam hutan. Jadi, dia memang dah mahir selok belok rimba. 

Plot semakin berkembang apabila ibu dan ayahnya memutuskan untuk menghantar Dora menyambung pengajian sekolah tinggi di bandar. Sebagai seorang yang dibesarkan sendirian dan hanya berkawan dengan seekor monyet. Bercampur dengan mereka yang tinggal di bandar memang sesuatu yang sukar. Walaupun Dora dan Diego pernah menjadi sangat rapat sewaktu masih kecil. Namun, hubungan mereka kian renggang setelah menginjak dewasa. 

Dora dan Diego ditempatkan di sekolah yang sama. Namun, perlakuan Dora sering menjadi perhatian orang ramai dan dianggap pelik. Diego yang ingin menjaga reputasi sebagai anak remaja semakin menjarakkan diri dengannya. Di situlah bermulanya konflik dalaman Dora. Tambahan pula, ibu dan ayahnya tiba-tiba tidak menghubunginya. Dora duduk di dalam almari sendirian menangis sebelum dipujuk neneknya. Ketika itulah dia mengucapkan dialog yang sangat sederhana tetapi mendalam.

“Dulu sewaktu di dalam hutan. Walaupun Dora dibesarkan sendirian, Dora tidak pernah berasa sunyi. Tapi sini, walaupun banyak orang dan kawan di sekeliling, Dora berasa sangat sunyi,” air matanya tumpah di bahu neneknya. 

Kita akan berusaha sedaya mungkin untuk berada dalam lingkungan di mana kita berada. Setiap daripada kita ingin rasa diterima. Lalu, kita akan melakukan apa sahaja untuk masuk ke dalam lingkungan itu walaupun kita terpaksa mengorbankan diri kita sendiri. Ia bukanlah sesuatu yang baik. 

Dora mengajarkan kita banyak perkara tentang menjadi unik tetapi jujur kepada diri sendiri. Nak tahu apa yang jadi seterusnya dan dugaan yang dihadapi Dora. Korang boleh pergi pawagam sekarang. Sebelum ni, macam biasa, jom tengok trailer dulu.  

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my