DhiaLova

Drama apa lagi? Dah putus tu putus jelah!

Oleh  | 

SIS yakin semua gadis yang sedang baca artikel ni pasti pernah melalui fasa-fasa putus cinta atau fasa kekecewaan yang teruk dalam hidup kan? Lagi-lagi waktu zaman cinta monyet dahulu. Waktu tu memang tak fikir apa lah. Baru kena ayat sikit minta nombor telefon masa tengah jalan pulang dari sekolah, terus dah declare he’s the one dan berikan sepenuh hati korang kepada mereka.

Itu belum cerita bergayut telefon tengah malam lagi kan? Mesti semua orang tak pernah miss lakukan perkara tu. Tak apa, jangan malu. Sis pun pernah buat macam tu juga dulu. Eh?! Tapi yang tak seronoknya bila kau dah syok bercinta dengan orang tu, tiba-tiba orang tu minta putus. Akibat dah berikan sepenuh hati termasuk terpaksa habiskan duit belanja sekolah semata-mata beli topup untuk bergayut setiap malam, korang dah dikira ada reason yang kuat untuk meroyan waktu tu.

Meroyan tu boleh diterima lagi, tapi jangan lah sampai bertindak melakukan perkara yang bodoh seperti mengelar lengan  dan mengurung diri dalam bilik tanpa makan dan minum. Bila fikir balik, kenapa nak kena seksa diri macam tu? Hello, banyak lagi perkara penting yang kita perlu fokus selain percintaan okay. Kalau dah putus tu, putus je. Tak perlu lah seksa diri hanya untuk dilihat terseksa dimata bekas teman lelaki korang tu. Bila umur semakin meningkat, sis yakin korang mesti akan menyesal semula atas apa yang korang lakukan dulu. Betul tak?

Pada sis, tak perlulah ada drama-drama tak penting bila putus cinta seperti meroyan di media sosial ataupun menyerang bekas teman lelaki korang tu. Korang perlu percaya je setiap apa yang berlaku pasti ada sebabnya. Mungkin tuhan nak bagi korang lelaki yang lebih baik. Kita tak tahu kan? Kalau asyik layan sendu je takkan ke mana girls. Masa korang pun akan terbazir dengan melakukan perkara yang tidak-tidak. Chin up! 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my