Serious?!

Drama cinta apa ni? Muka gadis ditoreh bekas kekasih sendiri!

Oleh  | 

Gempar baru-baru ini apabila sekeping gambar seorang gadis yang luka parah akibat ditoreh di muka sepanjang 5 sentimeter oleh bekas kekasihnya tersebar. Lebih mengejutkan bekas teman lelakinya itu adalah seorang warga Bangladesh!

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 6.30 petang itu, mangsa ditoreh dengan menggunakan objek tajam dan di bahagian atas mulutnya luka parah. Ketika ditemui orang ramai di sebuah pusat beli belah di Jalan SS 20/27, Damansara Jaya, mangsa dalam keadaan meraung dan menderita kesakitan.

FOTO: ohhangat.com.my

FOTO: ohhangat.com.my

 

Mangsa yang berumur 24 tahun segera dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk menerima rawatan dan mendapat beberapa jahitan di bahagian bibir dan pipi. Walau bagaimanapun, menurut laporan akhbar tempatan, mangsa enggan mengulas lebih lanjut tentang kejadian yang berlaku.

“Saya sudah dibenarkan keluar dari wad PPUM pada Jumaat lalu dan kes juga sudah dilaporkan kepada pihak polis,” ujar gadis itu.

Susulan dari kes ini, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din mengesahkan telah menerima laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

Menurut Mohd Zani, suspek kini direman selama tujuh hari sehingga Jumaat ini untuk tindakan lanjut. Kes ini akan di siasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah menggunakan senjata.

So guys hati-hati ye! Zaman sekarang ni korang kena pandai jaga diri walau di mana pun korang berada.  Rambut mungkin sama hitam tapi hati manusia kita tak tahu. Just beware ok!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my