DhiaLova

Drama Psikologi Cinta : Cinta Gila?

Oleh  | 

DRAMA radio Dramatik Kool ini berkisahkan tentang Maya, seorang wanita normal yang berumur 25 tahun dan berkerjaya. Dari luaran Maya dilihat sebagai perempuan yang cantik dan bijak tetapi hakikatnya dia mempunyai masalah paranoid.

Maya sangat paranoid dengan semua perkara sehingga dia menganggap jirannya sebagai pembunuh bersiri dan dia pernah berpindah rumah sebanyak lima kali dalam masa setahun. Akibat sering berasa risau yang melampau, maya selalu menjadi panik. Maya mendapat rawatan di Raymond Mental Health Specialist dan dirawat oleh Dr. Raymond.

Selain Maya, seorang lagi pesakit yang mendapat rawatan dari doktor yang sama adalah Faril, berumur 29 tahun dan seorang yang mempunyai rupa paras yang menarik. Faril seorang yang soft spoken dan pendiam. Berbeza dengan Maya, Faril seorang lelaki yang susah menunjukkan emosi, kurang bercakap, suka mengelamun dan anti sosial sehingga dia menghidap kemurungan yang teruk.

Kedua-duanya nampak sempurna dan berjaya namun pada zahirnya masing-masing menderita dalam cara masing-masing. Satu hari, Dr. Raymond menemukan mereka berdua dalam satu sesi terapi yang sama. Mampukah mereka menerima keadaan masing-masing sepanjang menjalankan terapi bersama Dr. Raymond?

Berjayakah Faril keluar dari kemurungan akibat bekas kekasihnya? Jangan terlepas untuk ikuti drama psikologi cinta ini di portal Ais Kacang. Drama ini dibintangi oleh Remy Ishak sebagai Faril dan Sharifah Amani sebagai Maya. Turut membintangi drama radio ini juga adalah penyampai Kool FM, Andy Hakim. Ikuti kisah selanjutnya di portal ais kacang!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my