Dhia Glam

‘Dress’ merah jadi perhatian, peminat minta pereka ‘reveal’ lirik pada baju Tokti

Oleh  | 

KONSERT Siti Nurhaliza On Tour 2019 telah melabuhkan tirainya di Axiata Arena Kuala, Lumpur pada Sabtu lalu. Siapa sangka sebanyak 12 ribu peminat telah membanjiri stadium untuk melihat permata negara kita membuat persembahan. Ini merupakan konsert jelajah terakhir beliau selepas beraksi di Indonesia dan Singapura.

Ternyata penyanyi kesayangan ramai berusia 40 tahun ini berjaya menambat hati peminatnya dengan menyampaikan seleksi lagu-lagu popular beliau bermula sejak awal pembabitannya dalam industri nyanyian. Kerelevanan Tokti sebagai penyanyi nombor satu Malaysia tidak perlu disangkal lagi.

Pada pandangan Dhia yang juga merupakan salah seorang penonton pada malam itu, konsert Siti Nurhaliza On Tour 2019 dikira sukses dalam semua aspek. Selain daripada susunan muzik dan penataan cahaya yang berjaya memukau penonton pada malam itu, busana yang disarung Tokti juga dikira salah satu sebab konsert ini dilihat gah dan hebat.

Pada malam itu beliau menyarung 3 persalinan yang direka khas oleh 3 pereka yang berbeza. Apa yang menarik minat Dhia adalah dress berwarna merah yang dipakai oleh Tokti. Busana merah yang dinamakan “Red tulle ball gown” itu berjaya menjadi sebutan peminat-peminat Tokti. Ternyata Fiziwoo telah berjaya menjadikan Tokti stunning habis pada malam itu!

@ctdk #sitinurhalizaontour Red tulle ball gown embroidered with poetic lyrics from 8 of her legendary songs. #fiziwoo #fiziwooartisanal #sitizoners

A post shared by FIZIWOO OFFICIAL SITE (@fiziwoo) on

Menurut kapsyen yang ditulis oleh Fiziwoo menerusi akaun Instagramnya, busana yang direka khas sempena Siti Nurhaliza On Tour pada malam itu mempunyai maksud tersendiri apabila pereka duo itu menyelitkan 8 bait lirik lagu Tokti. Power lah!

Selain terdapat bait lirik yang disulam pada busana itu, rekaan baju itu sendiri tidak kurang hebatnya. Dress merah sentuhan Fiziwoo itu memang sangat sesuai dengan Tokti. Baju ini juga dilihat mempunyai elemen klasik apabila terdapat ropol-ropol diselitkan di bahagian tangan baju.

Peminat minta reveal lirik di baju Tokti

Ternyata dress merah yang dipakai Tokti semasa konsert tempoh hari berjaya menarik perhatian ramai peminatnya sehingga ada yang minta kepada Fiziwoo sendiri untuk mendedahkan lirik-lirik tersebut. Nampak tak wow dekat situ. Namun, sehingga hari ini Fiziwoo masih belum memberi apa-apa penjelasan tentang rekaannya itu.

FOTO : Instagram Fiziwoo

Dhia pun sebenarnya tak sabar nak tahu lirik apa yang disulam pada gaun Tokti tu. Agak-agak bila Fiziwoo nak reveal lirik-lirik tu ek?

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my