Serious?!

Top 5 filem Will Smith yang tidak dapat dilupakan

Oleh  | 

BILA sebut Will Smith je hampir satu dunia tahu dia ni pelakon yang cukup berbakat! Bukan itu sahaja, kalau dia ni belakon dalam movie, dah sah-sah mesti best!

Will Smith memang cukup terkenal dengan lakonannya yang penuh menjiwai watak sampaikan kita sendiri terasa seperti berada didalam movie tu sekali.

Beberapa hari yang lepas, sis pergi tengok movie ni. Tengok trailer je dah gempak, sis pun nak la tengok dan expect mesti filem ni best gila. Lagi-lagi kalau berlakon filem aksi. Fuh rugi tau kalau tak tengok. Tapi sebelum tu sis nak kongsikan dekat korang top 5 filem Will Smith yang memang tidak dapat dilupakan.

The Pursuit of Happyness

Mengisahkan seorang ayah yang melalui kesukaran hidup dalam dunia perkerjaan dan mencuba sedaya upaya dalam membesarkan seorang anak lelakinya. Filem yang penuh dengan nilai kehidupan dan inspirasi!

Men In Black

Filem yang berkaitan dengan makhluk asing ni turut menunjukkan persahabatan di antara beliau dan Tommy Lee Jones yang mencuit hati ramai penontonnya.

I,Robot

Filem yang berkaitan dengan sains fiksyen ini mengisahkan pembunuhan misteri yang berkisarkan robot mengambil alih dunia dimana Will Smith menjadi watak utama untuk mneyelesaikan misteri tersebut

I am Legend

Will Smith memainkan watak seorang survivor di dalam dunia yang penuh dengan manusia yang berjangkit dengan virus lalu bertukar menjadi ganas. Dalam filem ni wataknya merupakan seorang lelaki yang cuba untuk mengekalkan kewarasan diri sambil mencuba untuk mencari penawar buat virus tersebut.

Gemini Man

Dalam filem ni, Will Smith memainkan dua watak utama yang hanya berbeza umur. Bila sis tengok kedua-dua character ni, sis ingatkan yang muda tu adalah anaknya. Ternyata bukan!

Kedua-dua watak utama ni mempunyai tugas masing-masing dan apa yang menariknya apabila mereka mula berlawan antara satu sama lain. Penggunaan teknologi ni adalah amat menarik kerana mereka berjaya menghasilkan dua watak yang sama tapi berbeza umur.

Sis memang sarankan dekat korang untuk pergi tengok cerita ni! Setahu sis tak pernah ada lagi filem yang ada dua Will Smith dalam satu filem. Haa bila lagi? So korang kena pergi tengok okay?

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my