Serious?!

Dunia artis tak ‘glamour’? Apa Datuk Syafinaz cuba sampaikan?

Oleh  | 

SIAPA yang tidak kenal dengan penyanyi dan guru vokal bernama Datuk Syafinaz Selamat. Pengalaman dan ilmu yang dimiliki membuatkan beliau dihormati dan disegani oleh ramai penggiat seni suara termasuklah bakat-bakat baharu tanah air.

Baru-baru ini beliau telah dipilih menjadi tenaga pengajar di rancangan program realiti Mentor terbitan TV3. Bercakap tentang dunia artis, Syafinaz bagaimanapun ada sesuatu yang ingin disampaikan kepada semua

FOTO: Utusanborneo

“Industri ini memang nampak glamour, seronok dan semua orang nampak kaya. Orang berpendapat apabila jadi artis semua nak pakai pakaian branded. Namun itu bukanlah gambaran yang sebenarnya.  Kamu hanya nampak apa yang orang tunjuk, apa yang dibelakang tidaklah seindah yang dibayangkan” ujarnya.

Bercerita  tentang cabaran yang dihadapi, Syafinaz berkata dalam sepuluh orang yang menyukai kita, kita harus bersedia untuk menghadapi seratus orang yang membenci kita. Maka, sesiapa yang ingin menjadi penghibur harus mempunyai daya tahan untuk bertahan di dalam industri.  Selain itu, kamu haruslah bekerja kuat dan terbuka untuk menerima perkara baharu.

Syafinaz bakal menjadi mentor untuk rancangan Mentor 7 bersama-sama Hafiz Suib, Aizat Amdan dan Siti Nordiana. Konsert pertama bakal berlangsung bermula 4 November pada jam 9 malam di TV3.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my