D-Life

Easy-peasy, buat je ‘french toast’ dengan microwave!

Oleh  | 

SELAMAT Hari French Toast Sedunia! Rota bakar Perancis atau ‘french toast’ memang sarapan yang sempurna untuk memulakan pagi kamu. Bayangkan sebatian telur, susu dan serbuk cengkih dicelup bersama roti dan dibakar sempurna, pergh!

French toast boleh dimakan dengan variasi yang pelbagai. Kamu boleh padankan roti bakar kamu dengan hirisan strawberi, anggur atau buah beri.

Kalau kamu terburu-buru mahu berkejar ke tempat kerja, jangan bimbang, kamu masih boleh membuat French toast dalam masa yang singkat. Lagi best jika kamu ada ketuhar gelombang di rumah, kamu sebenarnya boleh buat French toast dalam cawan sahaja!

Berikut ialah bahan-bahan dan cara-cara membuatnya.

 

Bahan-bahan:

2 keping roti tawar

1 biji telur

60 ml susu

1 sudu makan mentega

1/4 sudu teh gula pasir

1/4 sudu teh ekstrak vanilla

Cara membuatnya:

  1. Potong roti menjadi petak-petak kecil
  2. Kacau telur, pukul rata.
  3. Lelehkan mentega di dalam cawan yang sesuai untuk ketuhar gelombang dan hangatkan selama 20-30 saat. Pusingkan cawan supaya lelehan mentega supaya menutupi seluruh bahagian dalam gelas.
  4. Tuangkan telur (yang sudah dipukul rata), susu, gula, dan ekstrak vanilla ke dalam gelas. Kacau sampai rata.
  5. Tambahkan roti dan pastikan seluruh bahagian roti tercelup dalam adunan.
  6. Masak dalam gelombang ketuhar sehingga matang, lebih kurang 90 saat.

via GIPHY

 

Tadaa! French toast kamu siap untuk dinikmati!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my