Be-You-Ty

Eee banyaknya jerawat! Elakkan 5 makanan ni sebelum jadi lebih teruk

Oleh  | 

STRESS bertambah, jerawat pun bertambah! Ish pening kepala macam amana nak hilangkan ni? Dah jaga kulit muka pun masih lagi bertambah jerawat.

Mesti korang runsing apa nak buat kan? Well, at first kena tahu faktor-faktor kenapa jerawat tumbuh pada kulit muka dan tidak semestinya akibat daripada rutin menjaga kulit sahaja!

Mungkin dari segi permakanan pun boleh berpunca tumbuhnya jerawat. Jadi sis nak kongsikan dekat korang 5 makanan yang menyebab jerawat rajin singgah dekat muka tu.

Gula putih

Mengikut seorang pakar dematologi, Marina Peredo, M.D , gula putih mempunyai bahan yang boleh menyebabkan keradangan pada kulit. Kalau korang mempunyai kulit yang sensitif, akan memberikan kesan yang lebih teruk. Makanan yang mempunyai kadar gula yang tinggi juga boleh menyebabkan jerawat tumbuh, seperti, roti putih,nasi putih, minuman manis dan biskut.

Goreng-gorengan dan berlemak

Makanan yang berminyak dan berlemak juga boleh menjadi punca jerawat tumbuh pada kulit kita. Oleh sebab itu korang kena lah kurangkan daripada makan makanan yang berlemak dan berminyak ni. Elakkan makan berlebihan kerana makanan seperti ini meningkatkan kadar gula dalam darah.

Tenusu

Ya, susu memang mempunyai banyak kelebihan dan kebaikkan pada kita. Tapi jika korang mengambil susu secara berlebihan, boleh menjadi punca utama jerawat tumbuh pada kulit kita! Bukan setakat minuman susu je tau, produk tenusu seperti cheese dan sebagainya pun sama!

Kaffein dan berkarbonat

Minuman bekafein dan berkarbonat ini perlu dijauhi kerana banyak kesan buruk akibat kandungan gulanya yang terlalu tinggi. Minuman jenis ini boleh menyebabkan kulit korang berminyak dan seterunya jerawat pun mengunjung!

Makanan berproses

Kebanyakkan makanan yang berproses ini memang mengandungi garam dan gula yang tinggi. Walaupun korang tak rasa dan bukan itu sahaja, makanan yang diproses ini mengandungi bermacam jenis bahan pengawet dan kimia. Amatlah bijak jika korang elakkan daripada makan makanan seperti ini supaya tidak berlaku keradangan kulit!

Sumber:Siraplimau.com

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my