DhiaLova

5 Bahasa badan lelaki petanda dia mungkin sukakan kamu

Oleh  | 

CINTA adalah bahasa universal. Kadang-kala tiada bahasa yang mampu merungkai kerana cinta kadang-kala berbicara menerusi tingkah laku. Haa, gitu!

Bahasa cinta lelaki paling susah nak dibaca. Al-maklumlah, lelaki ni bicaranya kadang-kadang tak terlalu direct, berkias pun tak berkias juga. Memang lumrah lelaki, kalau mereka sayang, mereka akan tunjukkan dengan tingkah laku.

Tetapi, macam mana nak ‘baca’ bahasa cinta lelaki? Jangan risau, tak perlukan deria keenam pun untuk tahu isi hati lelaki. Kalau kamu ada crush, dan kamu mahu tahu dia sukakan kamu atau tidak, ini dia kami berikan panduan, cara-cara membaca bahasa badan lelaki.

 

Bahasa badan si dia sentiasa mahu buat kamu rasa selesa

via GIPHY

Lumrah lelaki; dia mahukan pasangannya sentiasa rasa selesa. Ibaratnya, kalau kamu tiba-tiba berpanas atau berhujan, dia sanggup carikan kamu payung. Kamu mesti pernah tengok kan, scene dalam drama atau filem, kalau tiba-tiba watak perempuan kesejukan, si hero akan tanggalkan jaketnya untuk menyelimuti si perempuan. Romantik, kan? Itulah tandanya, ada bibit-bibit cinta dalam dada.

 

Dia sentiasa jaga eye contact dengan kamu

Pernah berbual dengan seseorang tetapi matanya asyik melilau ke tempat lain? Haa, itu maksudnya dia menyembunyikan sesuatu daripada kamu. Tapi kalau dia berani pandang tepat ke mata kamu ketika berbual, percayalah, he’s the one! Bukan senang tau seseorang lelaki nak pandang mata perempuan. Itu bahasa badan yang sangat mengisyaratkan keberanian!

 

Ehem, dia masak untuk kamu!

via GIPHY

Lelaki dan rasa memang tidak dapat dipisahkan. Salah satu cara lelaki menumpahkan kasih sayangnya adalah melalui masakan. Jika dia masakkan sesuatu untuk kamu dan insist kamu untuk merasainya, itu maksudnya kamu orang yang penting. Dia mahu kamu rasa makanan terbaiknya dan buat kamu cair macam ais yang terkena hangat cintanya.

 

Dia sentiasa tersenyum apabila ternampak kamu

Si dia yang kamu suka mungkinlah bukan orang yang suka tersenyum sangat. Tetapi apabila kamu dan dia tiba-tiba bertentang mata, dia tersenyum lebar tak ingat dunia. Dengan orang lain, tak adalah senyum girang macam ini sekali. Haa, itu mungkin tandanya dia sukakan kamu. Lelaki ni kalau dia tunjukkan muka blank, maksudnya dia tak minat. Kalau dia senyum memanjang bila nampak kamu, mungkin kamu dah boleh mula atur langkah seterusnya?

 

Dia bertanya kawan-kawan kamu tentang kamu

Tiba-tiba kawan-kawan kamu beritahu, dia asyik bertanya mereka tentang kamu. Eh, mesti ada apa-apa kalau tanya orang terdekat ni, kan? Biasalah awal-awal jatuh cinta, segan nak tanya sendiri, jadi dia nak make sure kamu okay, dia tanya melalui kawan-kawan kamu. Alahai comelnya!

Kalau ada lelaki yang buat begitu dekat kamu, kamu tak boleh berlengah lagi. Memang dialah orangnya!

 

Tengan plan nak pergi bercuti ke? Korang boleh check out Nok Air

Sumber: HuffPost

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my