DhiaLova

“Eh, kawan aku ni benci aku ke?”

Oleh  | 

BUKAN mudah untuk mengetahui isi hati seseorang sama ada menyukai kita atau membenci kita. Walaupun begitu, kamu boleh menekanya dengan melihat kepada bahasa tubuh seseorang.

Adakalanya kita sendiri tidak mengetahui mengapa orang tidak menyenangi kehadiran kita dan bersikap dingin walaupun kita sudah melakukan sebaik mungkin untuk senyum kepadanya.

Ini dia panduan kepada kamu, untuk kamu teka sama ada kawan kamu susah mahu mesra atau memang bencikan kamu.

 

Mata

via GIPHY

Antara perkara yang boleh dilihat untuk mengetahui sama ada seseorang itu membenci kita atau tidak adalah dengan melihat kepada matanya. Mata adalah pintu untuk mengetahui isi hati seseorang. Kita akan menyepetkan mata sedikit sekiranya melihat perkara atau orang yang tidak disukai oleh kita. Mata juga akan terbuka luas apabila kita melihat seseorang yang kita sukai.

 

Kaki

Kaki ialah antara  anggota badan yang akan memberi reaksi jika kita membenci seseorang. Jika kita melihat seseorang yang tidak menyenangkan maka kaki kita akan secara automatik menjauh daripadanya. Jika kita sedang bercakap dengannya, mata kita mungkin sedang menatapnya namun  posisi kaki dan badan kita akan menjauh darinya. Ia dedifinisikan sebagai ‘penolakan ventral’.

 

Tangan

via GIPHY

Antara anggota lain yang menunjukkan kamu tidak selesa bercakap dengan seseorang ialah perkara seperti tekanan bibir dan juga tangan kamu yang dilihat menyentuh leher. Jika tangan kamu menyentuh pangkal depan leher maka ia adalah petanda  ada sesuatu yang tidak kena dengan orang yang sedang kamu berkomunikasi itu. Jika tangan sesorang itu berpeluk tubuh, itu juga menunjukkan dia tidak begitu terbuka.

Namun begitu, kamu jangan pula terus pergi kepada konklusi. Untuk kepastian, kamu perlu berani dan bertanyakan isi hati kawan kamu itu. Mesti ada sebab mengapa dia merasakan kamu tidak menyenangkan.

 

Sumber:  WikiHow

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my