Serious?!

Eksklusif! Janna Nick mengaku merisik seseorang?

Oleh  | 

NAMPAKNYA Janna Nick tidak pernah berhenti untuk mencuba pelbagai perkara baharu. Tidak hanya pandai beraksi di depan kaca televisyen, pelakon berusia 23 itu nampaknya akan terus fokus melebarkan sayapnya dalam bidang seni suara.

Sebelum ini, Janna pernah berkolaborasi dengan Ippo Hafiz untuk menulis lirik lagu bertajuk Menanti Janji nyanyian Ronnie Hussien yang diangkat menjadi runut bunyi drama Biar Aku Jadi Penunggu.

Berkongsi kisah terbaharunya, Janna mengakui sedang merancang sebuah projek dalam bidang nyanyian yang sememangnya memberi impak yang besar kepada dirinya.

“Dalam bidang nyanyian Janna ada plan yang besar. Namun, tidak boleh didedahkan sekarang

“Setakat ini, Janna sudah merisik beberapa orang untuk kita realisasikan impian ini,”

Pelantun lagu Mungkin Saja itu nampaknya terus berteka-teki dan enggan mengulas lanjut siapakah individu yang dirisiknya untuk projek nyanyian terbaharunya.

Janna bagaimanapun memberi bayangan bahawa ia akan menjadi sebuah perkara yang besar buat dirinya.

“Ia akan menjadi satu perubahan besar untuk diri saya. Orang ramai mungkin akan hairan dan tertanya-tanya. Tapi, itulah yang saya akan lakukan,” katanya mengakhiri temu bual.

Tak sabar nak tunggu projek terbaharu Janna Nick yang rahsia sangat itu. Harapnya lagu itu nanti bolehlah menembusi corong radio kita selalu!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my