Serious?!

Eksklusif! Pesanan Kugiran Masdo kepada perempuan yang dicurangi…

Oleh  | 

JIKA  scroll sahaja di Twitter, ada bermacam versi kisah curang diceritakan. Tweet sebegini mengundang perhatian dan menjadi viral sehingga sering kali dibincangkan di media sosial.

Ada yang sudah membina perhubungan selama bertahun-tahun namun akhirnya terputus juga akibat orang ketiga. Ada juga yang sudah mula berubah hati kerana sudah muak dengan pasangan yang mereka ada.

Tidak kalah juga terdapat pasangan yang masih setia walaupun sudah mengetahui pasangan mereka sedang curang di belakang mereka. No way!

Team Dhia sempat menerjah kumpulan yang digilai ramai perempuan iaitu Kugiran Masdo dan sempat bertanya kepada mereka apa nak buat bila pasangan suka curang.

Pesan Masdo, sekiranya kita menyayangi seseorang, biarlah berpada-pada. Jika tidak, kita akan terbiasa menerima kecurangan yang dilakukan pasangan dan hidup di dalam kesakitan. Masdo berpendapat situasi ini bukanlah sesuatu yang perlu dilalui pasangan bercinta. Jika kamu berada dalam situasi ini, kamu seharusnya move on dan tinggalkan sahaja.

Mereka turut menambah, jangan terlalu sayang. Ini kerana sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku kita tidaklah menjadi terlalu ralat jika kehilangannya.

“Kepada lelaki yang suka curang, hentikanlah menghancurkan hati wanita. Sebab wanita hatinya fragile. Tak kiralah lelaki atau perempuan, sudah-sudahlah menyakiti hati dan perasaan. Andai kata sudah tiada perasaan sayang, mengaku sahajalah dan janganlah berpura-pura..

“Yang diperlukan bukanlah kesempurnaan. Kekurangan kedua-dua pihak yang boleh menciptakan kesempurnaan. Sama-sama naik.” kata Masdo lagi.

Ada banyak sebab yang mengundang curang walaupun pasangan itu sudah bahagia. Antaranya campur tangan orang ketiga yang tidak suka melihat kebahagiaan orang lain. Namun sekirannya terdapat pasangan yang tidak cukup kuat menepis godaan, mereka juga akan mempunyai keupayaan untuk curang.

Jadi kepada kawan-kawan di luar sana, sekiranya kamu dicurangi jangan pernah toleh sekali kebelakang dan jalan terus. Jangan biarkan diri kamu terperangkap dalam drama because you are so not worth it!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my