Serious?!

EKSKLUSIF: Satu lagi ‘pendakwah selebriti’ buat hal, isteri jumpa video tak senonoh dalam phone

Oleh  | 

KEMELUT rumah tangga golongan pendakwah selebriti yang lahir daripada program realiti televisyen ini makin hari makin menjadi-jadi ceritanya. Baru sahaja reda kontroversi penceraian Dai Fahan, kini ada seorang lagi yang namanya disebut-sebut kerana melakukan perbuatan yang langsung tak mencirikan seorang pejuang agama.

Ceritanya terbongkar apabila isteri kepada pendakwah ini iaitu Aida buah mulut kepada sebuah akhbar mengenai sikap suaminya yang juga seorang ‘agamawan’ simpan video tak senonoh dalam telefon bimbitnya. Tindakan Aida itu kemudian menerima kritikan apabila ramai yang menganggap wnaita cuba membuka aib suaminya.

Aida kemudian memuat naik status Facebook menceritakan dia sudah lama makan hati dan terkilan dengan sikap suaminya. Banyak benda sudah dilakukan dan membuka cerita ini menerusi media adalah satu-satunya jalan yang dia ada.

Bukan niat Aida untuk mengaibkan sesiapa. Wanita itu bagaimanapun merasakan dia perlu berkata sesuatu bagi mengelakkan mana-mana wanita terpedaya dengan golongan lelaki walaupun berpakaian dan berpenampilan seorang ustaz.

Suami Aina iaitu seorang Da’i sanggup melakukan perkara yang tidak senonoh seperti melakukan panggilan tak senonoh. Berkecai hati seorang isteri apabila seorang suami menyimpan rakaman video tidak senonoh di dalam telefon bimbitnya.

Bukan itu sahaja, ada juga gambar berahi bekas kekasih suaminya ditemui di laman Instagram. Pendakwah itu juga berkali-kali mesej gadis secara rawak untuk sembang benda yang tak senonoh.

Tiada apa yang diinginkan Aida melainkan Da’i tersebut pulang ke pangkal jalan. Jika sudah kecanduan perkara yang bukan-bukan, semoga Da’i itu akan mencari penawar. Sama-sama kita doakan agar kebahagiaan akan memihak kepada mereka yang teraniaya.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my