D-Life

Eksperimen sosial: sekarang pukul berapa?

Oleh  | 

JIKA seseorang di jalanan berpapasan dengan kamu bertanya kepada kamu “pukul berapa sekarang?” dari mana sumber jawapan kamu?

Dalam era konvergens kini, jawapan kepada soalan tersebut boleh datang daripada tiga arah; dari jam dinding, jam tangan dan juga skrin, tak kiralah skrin telefon pintar atau skrin pada komputer peribadi atau komputer riba.

Dalam konteks eksperimen sosial yang dijalankan oleh Dhia baru-baru ini, jawapan kepada soalan “sekarang pukul berapa?” terdapat daripada dua arah iaitu skrin (telefon pintar dan komputer) dan juga jam tangan.

Daripada 10 responden yang diuji, separuh daripadanya cenderung melihat waktu pada jam tangan manakala separuh yang lain akan melihat di skrin.

Daripada dua variasi ini, timbul persoalan pula, mengapa mereka yang cenderung melihat waktu pada jam tangan tidak melihat pada skrin telefon pintar mereka (yang lebih cepat dan tepat) dan juga sebaliknya?

 

Lebih cepat dan tepat

Apabila ditanyakan kepada mereka yang tengok waktu pada skrin komputer misalnya, mereka berpendapat itu tempat yang paling senang dan cepat kerana komputer sudah tersedia di depan mata.

“Sebab sambil tengah buat kerja, jadi senang tengok terus dekat PC,” jawab salah seorang daripada mereka.

Kebetulan, ada beberapa daripada yang ditanya memang tidak memakai jam tangan mereka lebih cenderung untuk melihat waktu pada telefon pintar dan komputer.

Lain pula ceritanya bagi mereka yang lebih gemar melihat waktu pada jam tangan. Mereka ini dilihat mempunyai daya kepunyaan terhadap apa yang mereka miliki sendiri.

Ini diakui oleh salah seorang daripada 5 rakan Dhia yang melihat waktu pada jam tangan, “jam tangan ni senang, sebab memang ada pada kita. Jadi walaupun kita dah ada phone, tapi kita akan ada tendency untuk tengok waktu pada jam tangan.”

Mereka yang melihat waktu pada jam tangan juga dilihat kurang bergantung kepada teknologi berbanding mereka yang cenderung melihat waktu pada skrin.

Pendek kata, sebenarnya sedikit sebanyak, penggunaan jam tangan atau skrin untuk melihat waktu menunjukkan personaliti seseorang individu tersebut.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my