Be-You-Ty

Elak 5 kesilapan ni yang korang buat ketika bersolek!

Oleh  | 

BAGI sesetengah perempuan, bersolek merupakan sesuatu yang wajib untuk dilakukan pada setiap hari. Untuk menghiaskan wajah ni memerlukan cara dan teknik yang betul.

Kalau korang menggunakan teknik yang salah, muka pun tak jadi nak bertambah cantik dan yang paling tak best, malu tau orang tengok!

Tapi korang tak perlu risau, sebab hari ini sis akan berkongsikan dekat korang tujuh kesilapan yang korang patut elak kalau nak letak make up pada muka.

Menggunakan ‘foundation’ yang salah

Memilih foundation yang betul merupakan satu basic yang penting sebenarnya. Kalau korang pakai yang tak kena dengan warna kulit korang, mula lah muka nampak kelabu, tak sekata dan sebagainya.

Jadi untuk memastikan korang tidak memilih warna foundation yang salah, korang pastikan korang gunakan tester yang disediakan. Korang test foundation tester tu dekat tapak tangan dan tengok kena tak dengan ton kulit masing-masing.

Kening ke beluncas?

Kening merupakan antara satu tarikan utama kalau nak bersembang bab make up ni. Tapi kalau berlebihan mahu kelakar jadinya. Kebiasaanya warna eyebrow ni ada dua iaitu hitam dan coklat. Apa yang korang boleh elakkan adalah, pastikan korang tak melukis atau membentuk dengan terlalu panjang. Pastikan korang pilih warna yang bersesuaian ya.

Tak ‘prep’ kulit muka

Perkara yang paling penting sebelum korang meletakkan make up dekat muka adalah, memastikan kulit korang bersedia terlebih dahulu. Meletakkan make up pada kulit yang kering boleh menyebabkan make up tersebut kelihatan tidak sekata dan tidak kekal lama. Jadi, pastikan korang buat dulu preparation dekat kulit tu dulu okay?

‘Eye shadow’ bercapuk alamak! 

Bila korang apply eye-shadow tu pastikan korang blend sama okay? Jangan main sapu je sis. Korang kena pastikan korang sapukan dengan cara dan brush yang betul. Pastikan korang blend dengan kemas supaya tak adalah nampak bersepah.

‘Contouring’ di tempat yang salah

Mengikut zaman yang semakin maju dan moden ni, kita lebih bijak dalam menghiaskan muka dengan make up supaya kelihatan cantik dengan menggunakan teknik yang betul. Pastikan korang mengambil masa yang cukup dan kenali bentuk muka korang sebelum korang mula meletakkan foundation, concealer dan contouring okay?

So lepas ni kalau korang dah tahu, boleh lah korang elak dari melakukan kesilapan yang sis kongsikan dekat korang ni.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my