D-Life

Elak bercakap 10 perkara ini kepada orang ‘depression’

Oleh  | 

Peratus penghidap depression atau kemurungan kian meningkat saban tahun di negara kita. Menurut Penaung Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA) Tan Sri Lee Lam Thye, penyakit ini akan menjadi penyakit kesihatan mental utama yang  dialami rakyat Malaysia menjelang 2020. Scary nya!

Kebanyakkan orang yang mengalami depresi ini berpunca daripada tekanan kerja dan keluarga. Seseorang itu lebih berpotensi untuk mengalami depresi apabila mereka hanya berdiam diri dan memendam emosi. Jangan pandang enteng pada perkara ini guys.

Menurut kajian, 29 peratus rakyat Malaysia menghadapi depresi dan gangguan kecelaruan berbanding 12 peratus pada tahun 2011. Kita perlulah memberi sokongan sekiraya perkara ini berlaku kepada orang yang rapat dengan kita tau. Jangan sesekali merendahkan masalah yang dihadapi mereka.

Ini akan menjadikan mereka lebih tertekan dan cenderung untuk melakukan perkara yang lebih. Ketahui 10 perkara yang korang tak boleh cakap apabila berhadapan dengan orang yang sedang depresi. So lepas ni korang boleh lah berjaga-jaga dan lebih peka.

1. “Jangan banyak fikir sangat, kau tu cuma malas je”

Never say this kepada orang yang sedang depresi ye. Kita tak tahu apa sebenarnya yang dia alami dan kalau korang cakap macam tu pada dia,  ini menunjukkan yang korang tak peka tentang perjuangan dia untuk keluar dari masalah mereka. Tunjukkan sokongan korang pada mereka bukan menghentam ok.

2. “Kau ingat masalah kau je besar, orang lain pun ada banyak masalah jugak”

Ini bukannya pertandingan nak tunjuk siapa paling tertekan dalam dunia. Tak patut pun korang nak bersaing tentang hidup siapa lebih bermasalah lagi-lagi dengan orang yang menghidapi depresi. Walaupun semua  orang di dunia ini mempunyai masalah, tapi tak sama dengan orang yang mempunyai depresi. Mereka adalah orang yang tidak mampu untuk mengatasi masalah mereka secara bersendirian.

3. “Kau boleh pilih untuk jadi gembira”

Kemurungan adalah penyakit yang datang dari pelbagai sebab. Tiada siapa yang memilih untu jadi tertekan. Apa yang berlaku dalam hidup mereka yang mendorong untuk jadi begitu.

4. “Depression tak pernah wujud pun, cuma perasaan kau je”

Stop berfikiran seperti itu. Korang bukan hanya menambahkan penderitaan penghidap depresi, sikap korang ini juga boleh menjadi penghalang kepada penghidap depresi untuk mencari bantuan mengatasi penyakit mereka.

5. “Dah-dah la tu, jangan layankan sangat perasaan kau tu”

Jaga-jaga dengan ucapan korang. Kalau korang selalu menyuruh mereka untuk berhenti berfikir tentang masalah mereka, korang sebenarnya lagi menambahkan tekanan kepada mereka bukannya membantu.

6. “Kau kan lelaki, lelaki mana boleh stres macam ni”

Masyarakat beranggapan penyakit depresi hanyalah di kalangan kaum wanita. Menurut kajian, kaum wanita mempunyai dua kali ganda kemungkinan untuk menghidapi depresi berbanding lelaki. Namun pada ketika ini bilangan kaum lelaki yang menghidapi depresi adalah sama dengan kaum perempuan. So korang tak bolehkan bangkitkan isu gender apabila berhadapan dengan orang yang depresi.

7. “Mungkin kau perlu berehat sampai masalah kau selesai”

Kenyataan ini menunjukkan yang korang menganggap orang yang depresi ini mempunyai maslah yang besar sehingga perlu menyisihkan diri daripada orang lain. Padahal orang yang menghidapi depresi perlu untuk mendapatkan perhatian dari orang tersayang.

8. “Masalah takkan hilang kalau kau asyik fikir je”

Kedengaran agak kasar juga bila korang cakap macam ni kepada mereka. Tanpa sedar korang dah menghina orang yang mengalami masalah dalam hidup mereka seolah perkara itu tidak penting untuk dibincang atau diluahkan.

9. “Banyakkan berdoa, rehat dan makan secukupnya dan kau akan rasa better

Walaupun niat korang baik dengan berkongsi tip untuk mengelakkan diri dari depresi tapi sebenarnya perkara ini akan lebih mengelirukan mereka lagi-lagi apa yang korang katakan bertentangan dengan saranan doktor kepada mereka.

10. “Rehatlah dan bawa diri”

Menyarankan mereka supaya berehat dan bersendirian tanpa bantuan doktor sebenarnya bertentangan dengan apa yang perlu dilakukan oleh orang yang depresi. Mereka akan jadi lebih keliru sama ada perlu untuk mendapatkan rawatan atau lebih baik membawa diri.

Jangan ambil mudah ye apabila berhadapan dengan orang yang depresi. Mereka cuma perlukan sokongan daripada orang sekeliling. Jangan sesekali mengeluarkan perkataan yang boleh mengguris hati mereka.

 

 

 

 

 

 

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my