Be-You-Ty

Elak dikecam bibir hitam, jom tiru 3 cara ‘simple’ ini

Oleh  | 

MEMANG ada orang mempunyai bibir yang hitam walaupun dia bukanlah seorang perokok. Jadi, mulalah tak keruan dan cari lipstick pelbagai warna untuk tutup warna bibir yang kusam itu.

via GIPHY

Tapi sampai bila warna lipstick dekat bibir itu akan bertahankan? Jangan risau, meh Dhia kongsikan cara nak dapatkan bibir yang cerah dan sihat.

Rutin sebelum tidur

via GIPHY

Kalau korang sangat cerewet bersihkan make up dekat muka sebelum tidur. Korang pun kenalah lakukan perkara yang sama juga untuk bibir. Gunakan pembersih yang mengandungi minyak atau cari saja lip makeup remover. Ia akan membersihkan semua kekotoran dan sisa lipstick yang melekat. Lepas itu, barulah  bibir kembali segar tanpa warna hitam.

Lip scrub

via GIPHY

Okay, korang boleh juga guna lip scrub yang boleh menanggalkan sel kulit mati  di bibir. Ha, lepas itu barulah warna asal bibir kita akan terserlah. Lip scrub ada banyak jenis tau seperti campuran gula, madu, petroleum jelly dengan bau yang harum. So, pilihlah elok-elok!

Jangan lupa minum air

via GIPHY

Nak dapat bibir yang cantik tak semestinya luaran saja. Dalaman kita pun memainkan peranan penting sebenarnya. Minum air putih yang banyak pun sangat membantu korang untuk menghindari bibir yang berwarna gelap.

via GIPHY

Ha mudahkan cara-cara ini? Kalau dah alang-alang bibir tu cantik dan mungil. Apa kata korang bersihkan juga kawasan sekitar bibir.

Sebagai contoh korang boleh dapatkan perkhidmatan lips hair removal dengan harga yang murah macam dekat superdeals. Senang kan? Jangan cakap kakak tak payung.

Sumber: idntimes

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my