Serious?!

Elak dikecam netizen, Kilafairy tutup ruangan komen di Instagram

Oleh  | 

KUMPULAN popular dari British yang terkenal dengan lagu All Rise, Blue telah melangsungkan  konsert mereka di Cheras, Kuala Lumpur pada Ahad lalu. Para peminat boyband popular sekitar tahun 90-an itu tidak melepaskan peluang menyaksikan bandboy kegemaran mereka termasuk juga para selebriti.

Salah seorang selebriti yang teruja dengan kehadiran kumpulan Blue ini adalah Kilafairy. Menurut satu post yang dimuat naik di Instagramnya, Kilafairy atau nama sebenarnya Shakila Nisa Jahangir Khan, 27, begitu teruja apabila dapat merakam moment bersama ahli kumpulan Blue.

Kilafairy telah menzahirkan keterujaannya menghadiri konsert Blue. Dia merupakan peminat tegar kumpulan itu sejak dari kecil lagi.  Menerusinya kapsyennya yang bertulis,

“They performed “BREATH EASY”. Thank you, @officialblue 💙 You guys were amazing.”

Namun tular baru-baru ini apabila anak kepada Rohana Jalil itu telah memeluk dan mencium pipi anggota kumpulan Blue menerusi satu video yang  berdurasi 52 saat.

Ternyata tindakan Kilafairy ini mengundang banyak kecaman daripada netizen. Netizen menganggap tindakan Kilafairy memeluk dan mencium anggota kumpulan Blue itu tidak menjaga sensitivitinya sebagai umat Islam dan mencemarkan budaya Melayu yang sememangnya terkenal dengan sopan santun dan beradab.

FOTO: Instagram Kilafairy

FOTO: Instagram Kilafairy

FOTO: Instagram Kilafairy

Namun bagaimanapun Kilafairy telah menutup ruangan komen di setiap post nya dan enggan mengulas lebih lanjut tentang penyebaran videonya.

“Maaf, saya tak mahu ditemubual,” ujarnya melalui sebuah portal tempatan.

Kini, Kilafairy telah membuka semula ruangan komen post tersebut namun hanya terhad kepada sebilangan pengikut di instagram sahaja.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my