D-Life

Elak dituduh sombong, meh kami ajar cara nak ‘klik’ cepat dengan stranger

Oleh  | 

KAMU yang sebenarnya adalah seorang yang banyak celoteh macam mak cik bawang bila bersama kawan-kawan. Namun kamu bertukar menjadi senyap sunyi bila kamu berada bersama mereka yang tidak dikenali?

Apabila ada majlis yang kamu hadiri, kamu akan duduk di sudut paling belakang sambil membelek gambar kucing di Instagram.

Jangan risau, ini berita baik untuk kamu! Walaupun mereka di luar sana sangat berbakat untuk klik dengan sesiapa sahaja, tapi banyak lagi orang seperti kita yang mendapati begitu sukar untuk mendekati orang lain.

Jadi, sebelum orang lain tuduh kamu sombong atau ketagih kepada gajet, ini yang kamu boleh lakukan.

Cakap! Pedulikan apa orang kata

via GIPHY

Ada banyak cakap-cakap yang akan muncul di kepala kamu sehingga menyebabkan kamu membatalkan hasrat untuk memulakan perbualan dengan mereka yang tidak kamu kenali.

“Aduh, kalau aku tegur tapi dia jeling macam mana? Macam mana kalau dia awkward lepas tu diam?”

Namun percayalah, sebenarnya yang diperlukan ialah perkataan pertama. Sesudah itu semuanya akan mengalir dengan lancar. Mana tahu orang yang kamu tegur itu pula memang jenis peramah. Dia hanya menunggu seseorang untuk berkata ‘hai’. Jangan terkejut kalau kamu tiba-tiba boleh bercakap sehingga 3 jam lamanya.

Positif

via GIPHY

Pastikan apa yang kamu keluar dari mulut kamu ialah sesuatu yang positif. Contohnya apabila kamu menghadiri majlis perkahwinan kemudian kamu mengkritik pengantin tidak sepadan kerana pengantin lelakinya pendek kepada orang yang kamu tidak kenali. Jangan terkejut kalau-kalau orang yang kamu tegur itu ialah abang kepada pengantin itu. Sebab itulah jangan bersangka dan berkata buruk tentang orang lain.

Tanya soalan gaya open ended

via GIPHY

Cara kamu bertanya pun memainkan peranan. Tanyalah soalan yang mudah dan ringkas. Ini kerana kalau kamu tanyakan soalan yang susah, maka kamu akan dapat jawapan yang pendek. Mungkin kamu boleh mulakan perbualan dengan soalan seperti

“Awak rasa okey tak persembahan tadi?” “Cantik kan baju pengantin itu?”

Biarkan mereka berhenti sejenak dan berfikir. Kemudian mereka pasti akan memberikan respon yang menarik sesudah itu

Tak perlu tunjuk bakat multi-task kamu

via GIPHY

Ya kami tahu kamu sangat hebat, tapi simpan sekejap bakat multi-task kamu itu. Apabila kamu sedang bercakap, sila letak telefon kamu ke bawah. Nikmati saat itu. Jangan terfikir-fikir situasi kamu dimarahi bos  atau apa yang kamu ingin masak untuk makan malam.

Cari persamaan

via GIPHY

Kita semua pernah berada dalam situasi apabila kita ditempatkan di sebelah orang yang tak pernah kita kenali dan mungkin tidak mempunyai apa-apa persamaan dengan kita. Maka perhatikan persamaan kalian. Bukankah berada di majlis yang sama adalah persamaan yang sangat ketara? Maka mulakan perbualan kamu berkenaan tempat tersebut. Jika kamu berdua sedang menghadiri seminar, apa kata kamu berbual mengenai penceramah atau apa yang kamu fikir mengenai pembentangan tersebut.

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my