Be-You-Ty

Elak jadi ‘zombie’ di tempat kerja, meh baca ini segera!

Oleh  | 

PERNAH tak kamu bangun dari tidur dengan kepala berdenyut? Atau  badan kamu menjadi sangat lesu dan letih sehingga kamu terfikir untuk tidur sepanjang hari?

Jika ya, kamu mungkin mengalami masalah tidur yang tidak berkualiti. Ada banyak sebab yang membuatkan kamu rasa begini antaranya stres, katil yang tidak selesa atau bunyi bising sehingga mengganggu pola tidur kamu.

Untuk membantu kamu mendapatkan tidur yang berkualiti seterusnya membuatkan kamu bertambah ceria dan cergas, ini antara beberapa tip untuk kita cuba bersama-sama!

Cukup-cukuplah kerja kamu di pejabat

via GIPHY

Kami tahu kamu seorang yang rajin bekerja dan berusaha keras. Namun, biarlah berpada-pada. Janganlah bawa kerja pejabat kamu untuk diselesaikan di rumah.

Kajian menunjukkan jika kamu membawa tekanan tempat kerja ke rumah, ia akan meningkatkan adrenalin dalam badan sekali gus mempengaruhi tahap kesihatan kamu

Jika jam di dinding rumah kamu sudah menunjukkan jam Sembilan malam, kamu dinasihati untuk berhenti menyemak emel dan bersiaplah untuk tidur.

Katakan hello kepada makanan berkhasiat

via GIPHY

Makanan yang kamu ambil juga mempengaruhi pola tidur kamu. Pengambilan nutrisi yang seimbang akan membuatkan tubuh kamu lebih tenang dan bersemangat.

Raikan hari kamu yang panjang dengan makan malam yang mengandungi protein, lemak yang sihat dan serat.

Jauhkan diri dari gajet

via GIPHY

Pasti susah bagi kamu untuk berenggang dengan gajet kesayangan kamu. Tapi untuk kebaikkan kamu, kamu disaran untuk tidak menyentuh langsung gajet kamu selepas pukul sembilan malam. Perubahan ini mungkin dianggap drastik. Namun kamu boleh mencubanya perlahan-lahan seperti tidak memegang telefon pintar satu jam sebelum masuk tidur.

 

Persiapan sebelum tidur

via GIPHY

Bantu tubuh kamu supaya berada dalam keadaan tenang seperti mandi menggunakan air yang hangat sambil menyalakan lilin aroma terapi. Bau yang wangi juga dapat membantu mengurangkan stres. Ia juga secara tidak langsung memberi signal kepada tubuh kamu untuk tidur. Cuba dengar lagu-lagu yang mempunyai irama yang menenangkan macam lagu-lagu seperti ini.

 

 

Cuba gerakan yoga

via GIPHY

Apa kata kamu cuba pula melakukan gerakan yoga yang mudah sebelum tidur. Caranya mudah, kamu hanya perlu baringkan tubuh kamu dan luruskan kaki kamu pada dinding. Ia akan membantu merehatkan saraf parasimpatik kamu selain membantu memperoleh tidur yang nyenyak.

Sumber: helpguide

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my