DhiaLova

Elak kekasih ‘kaki kencing’, perhatikan tanda-tanda ini!

Oleh  | 

DALAM perhubungan, kejujuran adalah sesuatu yang sangat penting. Sekiranya kepercayaan dikhianati, kamu bersedialah menanggung akibatnya. Tak ada seorang pun di dunia ini yang suka dibohongi apalagi orang itu adalah seseorang yang begitu kamu cintai.

Namun, untuk melindungi diri kamu daripada terus diperdaya dan dipergunakan oleh ‘kaki kencing’ maka kamu boleh melihat kepada kamu tanda-tanda ini.

Memang perit menerima hakikat bahawa kamu dibohongi tapi itu adalah hal yang terbaik kerana setidaknya kamu menyedari semua ini sejak dari awal lagi.

Tanda-tanda seseorang itu berbohong boleh dilihat bedasarkan pergerakkannya seperti ini

Gaya tubuh

via GIPHY

Jika kamu mula berasa ada yang tidak kena ketika dia sedang bercakap, perhatikan bahasa badannya. Jika dia melakukan sesuatu gerakan itu selepas dia bercakap, maka dia berkemungkinan sedang berbohong.  Ini kerana mereka yang berbohong akan melakukan gerakan pantas dan sangat spontan selepas berbohong.

Kata-kata dan gerakkan tubuh tidak selari

Kebiasaannya orang akan menggeleng kepada untuk menyatakan ‘tidak’ dan mengangguk untuk menyatakan ‘ya’.

Ini kerana kata-kata dan gerakkan tubuh adalah cocok dan selari. Tapi jika seseorang itu berbohong apa yang difikir dan pergerakannya akan berbeza. Jika dia menggeleng tapi dia menyebut ‘ya’, maka ada sesuatu yang tidak kena dengan pasangan kamu.

Menyembunyikan tapak tangan

via GIPHY

Apabila seseorang itu  jujur, dia akan membuka tapak tangannya. Namun, orang yang cemas ketika berbohong akan menutup tangannya. Ia adalah reaksi spontan dan semulajadi untuk melindungi diri.

Tidak berani memandang kamu ke mata

via GIPHY

Antara bahasa tubuh yang boleh menunjukkan kebohongan ialah mata. Mata yang tertutup dan tidak memkamung langsung kepada kamu adalah tkamu kebohongan. Pkamungan mata yang ragu-ragu sering menunjukkan kebohongan.

 

Mengetap bibir

Antara bahasa tubuh yang menunjukkan kamu benar-benar bersalah ialah mengetap bibir. Ia lazimnya terjadi sekiranya seseorang  berasa malu. Seseorang itu mengetap bibirnya kerana memikirkan bagaimana cara untuk menjawab soalan kita. Ia juga secara tak langsung menunjukkan pasangan kamu tidak memiliki kebenaran seratus persen terhadap soalan kamu. Hati-hati girls, jangan terpedaya!

Sumber: Kompas.com

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my