D-Life
Elakkan sifat-sifat ini kalau nak berjaya dalam hidup!
BERJAYA dalam kehidupan sendiri memang menjadi impian semua orang. Siapa taknak berjaya kan? Namun kejayaan kita tak semudahnya datang dengan petik jari sahaja tau. Selain daripada bekerja keras dan berusaha untuk capai sesuatu yang kita idamkan, kita juga perlu berani untuk mengambil risiko dalam membuat sesuatu keputusan dalam hidup kita.
Tapi sekiranya apa yang kita rancang tu gagal, jangan semudahnya mengalah dan menyalahkan takdir pula. Semakin banyak perkara negatif yang kita fikir, semakin susah kita nak maju dalam hidup kita tau. So, ini sifat-sifat yang perlu korang hindari supaya korang mudah untuk berjaya dalam hidup korang. Take note okay!
Suka merungut

Masalah takkan pernah selesai kalau kita asyik ulang sebut sahaja. Mengeluh bukan sahaja memberi aura negatif, ia juga akan menjadikan korang fikir yang masalah itu sesuatu yang berat dan tak ada jalan penyelesaian. Setiap orang ada masalah mereka sendiri dan tak semua orang ada masa nak dengar rungutan korang. Ubah sikap ni ye dan cuba selesaikan masalah korang dengan cara yang lebih rasional.
Menyalahkan orang lain

Orang yang berjaya tidak akan menyalahkan orang lain sekiranya dia melakukan kesalahan. Menyalahkan orang lain bukan sahaja boleh buat orang sakit hati dengan kita, ia juga boleh merenggangkan hubungan kita dengan orang sekeliling. Belajar ringankan mulut untuk meminta maaf dan mengakui kesalahan kita sendiri tanpa perlu mencari alasan. Semakin cepat kita mengakui silap kita, semakin mudah masalah kita selesai. Bukan susah pun kan?
Ratu ‘tahu semua benda’

Walaupun korang memiliki tahap pendidikan paling tinggi berbanding orang lain, itu tak bermakna korang tak ada kekurangan tau. Jangan biarkan perangai ‘tahu semua benda’ korang tu menguasai diri sampai jadi terbiasa mengkritik dan menjatuhkan orang lain sewenangnya. Kurangkanlah bersikap sombong dan ego macam tu ye.
Merasa hidup ini tidak adil

Stop fikir yang masalah korang tu lebih besar berbanding orang lain. Semua orang ada struggle mereka sendiri. Walaupun satu ada ketika masalah yang korang hadapi tu berturut-turut, percayalah semua orang pernah ada dalam situasi yang sama. Orang berjaya tak akan pernah membandingkan diri mereka dengan orang lain dan akan menyelesaikan masalah mereka secara rasional. Remember that!
Selalu ingin dilihat sempurna

Berjaya dalam hidup tidak semestinya perlu dilihat sempurna. Kita cuma perlu mengakui kesilapan kita dengan memperbiki hidup kita ke arah lebih baik. Orang yang berjaya bukan orang yang berjaya mencapai 1000 keinginan mereka, tetapi mereka belajar daripada kesilapan sendiri dan terus berusaha.
So nak jadi orang yang berjaya tak? Cuba ubah sikap ini okay. You can do it!





Komen Terkini