Fitness

‘Engkau lagenda,’- Terima kasih Dato Nicol David!

Oleh  | 

BERITA ikon sukan negara Dato Nicol David bakal menggantungkan raket pada Jun hadapan ternyata meninggalkan kesan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Atlet kelahiran Pulau Pinang itu membuat kata putus tersebut selepas berbincang bersama-sama jurulatihnya iaitu Liz Irving.

Ia akan menjadi musim terakhir saya dalam karier profesional,” katanya.

Berita itu turut disampaikan Nicol sendiri melalui akaun twitter rasmi miliknya. Beliau turut mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan rakyat Malaysia kepadanya selama ini.

Terdahulu, ratu skuasy negara itu pernah menduduki ranking nombor satu dunia sebelum dirampas oleh Reneem El Weleily.

Sejak mengumumkan persaraannya, netizen tidak putus-putus meluahkan rasa sedih dan terima kasih kepada atlet negara yang banyak memberikan sumbangan terutamanya dalam arena sukan negara.

Team Dhia ingin mengucapkan terima kasih kepada Dato Nicol dan selamat bersara. Dato adalah idola dan inspirasi kepada generasi seperti kami, we love you!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my