Be-You-Ty

Eww, cepat hentikan tabiat gigit kuku macam budak kecil

Oleh  | 

HA, jangan terperanjat sebab tabiat gigit kuku ni masih lagi dilakukan oleh sesetengah orang. Mungkin ia adalah habit yang dilakukan sejak kecil yang menjadikannya sukar untuk dihapuskan.

Tapi hati-hati, kerana tabiat menggigit kuku boleh menyebabkan jari kamu kelihatan buruk. Lebih teruk lagi, habit ini boleh menyebabkan kulit di bahagian kuku kamu merekah dan berdarah. Lebih buruk lagi, ia mengundang penyakit yang lebih dasyat seperti kanser kulit walaupun ia jarang-jarang berlaku.

Kami ada beberapa cadangan untuk kamu lakukan bagi mengurangkan tabiat gigit kuku. Takkan kamu nak gigit kuku depan crush pula! No way!

Kenalpasti apa yang buat kamu nak gigit kuku

via GIPHY

Mulai hari ini apa kata kamu fikir betul-betul apa keadaan yang membuatkan kamu akan menggigit kuku. Boleh jadi kamu akan menggigit kuku setiap kali berasa gemuruh atau bimbang. Dengan mengenal pasti keadaan tertentu, kamu boleh mengalihkan perhatian dengan melalukan perkara lain bagi menggantikan tabiat buruk itu. Mungkin kamu boleh mengunyah gula-gula getah atau lolipop.

Manicures

via GIPHY

Apalagi! Pergilah mencantikkan kuku kamu itu. Berkilat dan bersinar sampai kawan kamu di sebelah tak henti-henti memuji. Kalau kuku kamu sudah cantik berkilat, takkan kamu tergamak nak gigit. Hodoh pula nampaknya nanti.

Sapu krim pada kuku

via GIPHY

Apabila kamu menyapu krim pada kuku yang memberikan  bau tertentu. Apabila terdapat aroma yang tidak menenangkan, ia sekaligus akan membantutkan keinginan kamu untuk menggigit kuku.

Kuatkan tekad

via GIPHY

Jika kamu sudah bertekad untuk menghentikan tabiat gigit kuku ini. Kamu harus bertegas kepada diri sendiri. Ingat, at the end of the day, jika kamu hendak menghentikan tabiat menggigit kuku, kamu hanya perlu berhenti untuk melakukannya. Just stop!

Kami sentiasa menyokong kamu dan berharap kamu boleh mengatasi masalah ini!

Sumber: hellogiggles

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my