D-Life

Eww, muka je cantik tapi kaki berbau

Oleh  | 

ADAKAH korang pernah mengalami masalah kaki berbau? Biasanya kaki kita akan berbau selepas seharian memakai kasut dalam tempoh yang lama. Salah satu punca kaki kita berbau adalah kerana disebabkan Tinea Pedis, iaitu sejenis jangkitan kulat yang bermula daripada jari kaki kita.

Selain daripada jangkitan kulat, pemakaian kasut yang terlalu ketat boleh mengakibatkan kaki kita mudah berpeluh. Ini juga boleh menjadi penyebab kaki kita berbau.

Jangan risau girls, bila korang mengalami masalah kaki berbau sehingga menyebabkan stokin korang juga berbau, jangan pula dibuang stokin tu. Cara yang terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah dengan meletakkan beberapa sudu baking soda ke dalam stokin yang telah digunakan. Biarkan semalaman dan keesokan harinya, korang boleh gunakan stokin itu seperti biasa kerana baking soda telah menyerap bau-bau kurang enak yang terdapat pada stokin korang.

Selain daripada menggunakan baking soda, ada cara lain bagi mengelakkan kaki korang berbau selepas memakai kasut. Sebelum memakai kasut, pastikan kaki korang berada dalam keadaan kering supaya dapat meminimakan kawasan gelap dan lembap yang boleh mengakibatkan pertumbuhan bakteria.

Apa yang penting, pastikan korang pilih jenis kasut yang memiliki pengudaraan yang baik. Elakkan kasut yang diperbuat daripada bahan sintetik seperti vinyl dan juga getah. Kalau boleh  jangan memakai kasut yang sama setiap hari supaya korang boleh memberi masa untuk kasut anda kering selepas setiap kali digunakan.

Jangan risau, kalau korang memiliki masalah ini, korang ikut je cara yang Dhia sarankan ini okay.  Kebersihan kaki pun kena jaga juga tau. Nanti tak nak lah orang mengata kita ni muka je lawa tapi kaki berbau. Malu beb!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my