DhiaLova

Ex boyfriend kahwin dulu? Jangan ‘meroyan’ girls!

Oleh  | 

SESETENGAH orang boleh move on dan melupakan bekas kekasih mereka dengan mudah. Namun, ada juga sesetengah perempuan yang mengambil masa lama untuk move on dan melupakan bekas kekasih mereka secara total. Dalam hal ini, kita tak boleh nak salahkan orang yang sukar untuk melupakan bekas kekasih mereka. Tak semua orang boleh jadi kuat dengan sendirinya. Betul tak?

Tetapi bila kita masih berada dalam fasa kesedihan selepas break up, tiba-tiba muncul pula cerita yang bekas kekasih kita bakal mengakhiri zaman bujang mereka bersama orang lain. Aduh sakitnya! Lagi-lagi bila kita masih single dan belum melupakan ex kita tu kan. Tak apa, tenang saja girls.

Ini sebuah keadaan yang kita tidak boleh ubah. Apa yang kita mampu lakukan adalah ubah diri kita supaya tidak terlalu melayan kesedihan kita dan teruskan sahaja kehidupan kita okay? Tapi macam mana caranya? Haa, memang sis nak kongsi pada korang sebenarnya!

First thing first! Jangan layan kesedihan korang tu terlalu lama. Terima sahaja kenyataan  dengan hati yang terbuka. Memang pada awalnya kita akan rasa sakit tapi percayalah, semua kesedihan ini akan terubat dengan waktu okay? Ikhlaskan sahaja bila tahu ex korang akan berkahwin dengan perempuan lain. Mesti ada hikmah atas setiap apa yang terjadi dalam hidup kita.

Selain itu, tahan diri korang daripada stalk ex boyfriend korang tu. Doakan sahaja kebahagiaannya dan yakin bahawa tuhan telah menyediakan pasangan yang baik juga untuk kita namun bukan sekarang masanya. Berhenti membandingkan kehidupan korang dengan ex korang tu. Nanti perasaan korang juga yang sakit kan?

Fokus sahaja kehidupan yang sedang korang jalani ketika ini. Benda ni penting! Ye lah,  berapa lama masa korang dibazirkan hanya untuk bersedih mengingati manusia yang bukan menjadi milik korang. Lebih baik perbaiki sahaja diri kita dan cuba untuk mengenali orang baru. Mengenali orang baru tidak bermakna kita hendak mencari rebound, apa salahnya mulakan perkenalan dengan berkawan dahulu. Siapa tahu selepas itu korang pula dipertemukan jodoh.

Apapun, korang tak perlu nak mengenang ex boyfriend dan ‘meroyan’ bila tahu ex korang akan berkahwin. Tak kesian ke dekat diri tu? Korang berhak pilih kebahagiaan korang sendiri. So agak-agak bila nak buka hati untuk lelaki yang lebih helok? Hiks

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my