DhiaLova

‘Ex-boyfriend’ masih terhegeh-hegeh dekat korang? Ketahui sebabnya!

Oleh  | 

Ex yang masih mencari kita walaupun dah putus ni sebenarnya sejenis sesuatu jugak. Lagi kelakar bila kita dah ada pengganti pun masih mencari kita dengan cipta pelbagai alasan untuk terus berhubung. Move on please!

Sebenarnya ex korang tak saja-saja cari korang balik. Mesti ada motif kenapa dorang masih mencari. Selain belum jumpa pengganti yang baik selepas korang, ini adalah antara alasan lain. Jom kita tengok!

Kesepian

Biasalah bila belum jumpa pengganti, mesti dia ada banyak masa terluang untuk mengenang semula memori sewaktu korang masih bersama. Sebab tu lah dia masih mencari.

Getback

Ini pun salah satu kemungkinan yang logic juga kenapa dia masih nak berhubung dengan korang. Ini je salah satu cara untuk dia meneruskan komunikasi sekaligus win hati korang balik. Korang kena alert niat ex korang yang sebenarnya.

Kebiasaan

Biasalah tu bila dah biasa berhubung 24 jam tiba-tiba bila dah putus ditengah jalan dan tidak berhubung lagi mesti akan rasa kehilangan. Kadang-kadang dah terbiasa sampai terlupa korang dah tak ada apa-apa. Baru nak rasa sekarang ke? Tipulah kalau korang tak pernah cakap macam ni.

Rindu

Ini pun dikira alasan yang cliche jugak. Bila tiba-tiba dia cari korang dengan alasan yang remeh sebenarnya dia saja cari point untuk bercakap dengan korang. Maybe belum boleh hilang lagi rindu kepada korang.

Curious

Ada juga yang cari sebab curious nak tahu kehidupan korang selepas ketiadaan mereka adakah makin bahagia atau sebaliknya.

Ha, so dah tau kan kenapa ex korang masih mencari korang? Kalau mengikut pendapat peribadi Dhia, abaikan je ex korang tu. Biasalah manusia bila dah tak ada depan mata baru nak terhegeh-hegeh mencari.. Sebaiknya korang  fokus je dengan kehidupan yang mendatang dan jangan toleh ke belakang lagi. Thank you, next! 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my