Serious?!

‘Face Off With Sarah Suhairi!’ Ini 5 benda yang korang kena tahu

Oleh  | 

Face Off With Sara Suhairi

POPULARITI gadis bernama Sarah Suhairi begitu memuncak setelah memenangi sebuah program rancangan realiti tahun lalu. Bukan itu sahaja, gadis yang amat sinonim dengan gelaran ‘Budak-Budak Baru Nak Up’ ini memiliki perwatakan yang ramah dan mudah didekati. Tidak hairanlah jika dia mempunyai lebih kurang 678 ribu pengikut di Instagram.

Kini, peminat boleh mengenali lebih dalam individu bernama Sarah yang mempunyai slot sendiri di podcast Ais Kacang dalam siri Face Off With Sarah Suhairi.

Untuk episod pertama, Sarah telah memulakan slotnya dengan sesi perkenalan diri. Siapa sangka pelantun lagu Nyawa dan Raga mempunyai kisahnya yang tersendiri. Berikut adalah 5 perkara tentang Sarah Suhairi.

FOTO : Instagram Sarah Suhairi

Sarah Binti Suhairi

Gadis ini mendedahkan bahawa ramai peminat yang menyangka ‘Suhairi’ adalah nama kedua dirinya. Namun sebenarnya, ia adalah nama bapanya. Nama panjang penyanyi itu ialah Sarah Binti Suhairi.

Suka kuda

Sama seperti gadis yang lain, Sarah turut mempunyai haiwan kesukaan iaitu kuda. Mengakui mula belajar menunggang kuda sejak usia 14 tahun, Sarah ternyata sangat menggemari aktiviti itu dan tidak pernah berasa jemu dengan hobi itu.

FOTO : Instagram Sarah Suhairi

Hospital oh hospital

Ha! Kalau korang nak tahu, gadis ini juga pernah dua kali dimasukkan ke hospital. Pertama ketika dia berusia 11 tahun kerana appendix. Beberapa tahun selepas itu, Sarah dimasukkan sekali lagi ke hospital kerana patah kaki. Sehingga hari ini di dalam kaki Sarah ada besi tau! Mujurlah Sarah tidak berasa ngilu dan sejuk sewaktu hujan kerana kaki besinya itu.

Aktif bersukan

Bukan itu sahaja, kalau korang nak tahu. Waktu sekolah dahulu, Sarah sebenarnya sangat aktif dan tidak boleh duduk diam. Antara acara kesukaan Sarah ialah larian jarak jauh yang memerlukan stamina yang tinggi. Ketika dia berumur 15 tahun, Sarah pernah memenangi acara  lombat tinggi. Memandangkan Sarah mempunyai saiz badan yang agak kecil, maka senanglah dia nak melayang kan?

FOTO : Instagram Sarah Suhairi

Pandai bermain instrument

Sarah sudah mula berjinak-jinak dalam bidang muzik sejak kecil. Dia telah mula berjinak-jinak bermain piano sejak dia berumur 9 tahun lagi. Tidak berhenti di situ, penyanyi lagu Pedih itu kemudian meneruskan bakatnya dalam bermain ukulele dan gitar. Sejak itulah dia mula bernyanyi sebelum berani memuat naik cover nyanyiannya menerusi Instagram.

FOTO : Instagram Sarah Suhairi

Sarah sebenarnya tidak pernah menduga bahawa dia akan menjadi penyanyi pada usia yang begitu muda. Namun, dia tidak pernah menuntup pintu hatinya untuk menyambung pelajaran seperti kawan-kawannya yang lain.

Apapun, team Dhia nak ucapkan semoga berjaya kepada Sarah untuk setiap cabaran dan jalan yang telah Sarah pilih.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my