Serious?!

Fakta menarik! Apa itu Dark Web dan Deep Web dan perbezaannya

Oleh  | 

HELLO gadis Trendy, harini sis nak share dekat korang tentang satu perkara yang penting yang mungkin ramai masih belum tahu lagi tentang kewujudannya. Internet yang korang selalu layan tu sebenarnya adalah sebahagian daripada 10% internet sahaja dan ada 90% lagi internet iaitu dinamakan deep web dan dark web.

Dalam 10% internet korang tu dinamakan surface web dan dekat situ lah korang tengok video, baca berita, article dan layari laman media social.

Tetapi di Dark Web dan Deep Web ni banyak perkara yang korang tak tahu dan mesti korang  fikir yang Dark Web ni adalah Web yang sama yang mempunyai bahan lucah, tempat jenayah jual beli dadah dan sebagainya. Sebenarnya dua web ni berbeza dari segi apa yang ada di dalamnya jadi mari kita sama-sama bongkarkan.

Deep Web

Deep Web ni sebenarnya adalah laman sesawang yang tidak boleh diakses melalui search engine macam Google Yahoo dan sebagainya. Senang cerita Deep Web ni satu lagi lapisan internet  yang lebih dalam bagi internet.

Biasanya deep web ni boleh dibuka atau diakses melalui Link URL sahaja dan terdapat golongan-golongan professional yang menggunakan deep web ni contohnya adalah wartawan dan pemberi maklumat, aktivis politik dan golongan tertindas akibat tekana rejim.

Foto:hackernoon.com

Golongan ini menggunakan Deep Web sebagai pengantara untuk menghantar maklumat sulit yang tidak boleh diketahui oleh mana-mana pihak demi kepentingan mereka.

Antara maklumat yang terkandung dalam Deep Web adalah laman dalaman syarikat, persatuan dan pertubuhan perdagangan. Selain itu system intranet sekolah, kolej, universiti dan akses kepada pengkalan data dalam talian.

Maklumat lain seperti laman sesawang yang dilindungi oleh kata laluan dan hanya boleh diakses ahli dan juga akaun peribadi individu untuk media social, email dan bank details.

Jadi deep web ni adalah bahagian internet yang kita gunakan untuk menyimpan maklumat kita dari diketahui oleh pihak ketiga dan ianya sangat penting untuk tidak berlaku kebocoran maklumat kepada umum.

Dark Web

Dark Web ni dikenali dengan pelbagai nama seperti Dark Net atau Dark Intranet dan ianya adalah jurang internet yang terdalam yang sepatutnya tidak boleh dimasuki oleh sesiapa.

Untuk masuk ke Dark Web ni memerlukan kepakaran internet yang hebat dan privasi orang yang menggunakannya tidak akan terdedah dan menjadi misteri. Pengguna Dark Web dianggap minority kerana hanya mencecah 3% pengguna sahaja di seluruh dunia.

Foto:thumbor.forbes.com

Perkara yang boleh didapati didalam Dark Web adalah seperti nombor kad kredit yang dijual secara pukal dan digunakan untuk kegiatan haram, passport palsu yang boleh didapati dengan harga $1000 US Dolar dan pelbagai jenis dadah serta akaun media social dan apps langganan yang digodam. Selain itu, data-data syarikat yang boleh didapati secara haram serta penjualan senjata dan bahan-bahan lucah yang melampau.

Jadi inilah perbezaan Dark Web dan Deep Web yang korang kena tahu dank orang kena sentiasa berwaspada tak kira lah apa jenis web pun jangan mudah memberi maklumat peribadi dengan mudah dan orang kena berhati-hati juga sebab pihak berkuasa sentiasa memantau aktiviti dark web di Malaysia ni. So jangan gatal tangan nak cuba-cuba masuk dark web ni tau.

 

Sumber:Thepatriots

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my