D-Life

Fazura kongsi cara nak ‘tepis’ mulut lahar mak cik bawang di media sosial

Oleh  | 

KALAU nak sembang tentang budaya buli membuli di media sosial ini memang tak boleh nak dinafikan kesannya memang sangat negatif. Terdapat banyak kes seperti depresi, stres, tak lupa juga kes bunuh diri terjadi akibat daripada penggunaan media sosial.

Lebih teruk lagi apabila mereka yang membuli ini tak kisahlah apapun gelaran yang diberikan macam mak cik bawang, netizen siber atau keyboard warrior tak sedar pun apa yang mereka lakukan itu salah.

Menjadi seorang selebriti dan pelakon popular seperti Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin tidak kebal daripada dilanda kontroversi dan mulut lahar makcik-makcik bawang di media sosial. Namun ini rahsia yang dikongsikan Fazura untuk memastikan dirinya tidak mati akibat kata-kata mereka di media sosial,

“Saya tak pernah rasa kurang keyakinan diri dengan mendengar apa orang cakap tentang saya dan saya gembira sebab saya ada semangat itu. Orang selalu cakap media sosial selalu memberkan kesan dalam hidup. Maka kita harus menggunakannya dengan perkara positif.” ujar Fazura

‘Insecurities’ hanyalah ilusi

Selain itu, pelakon Manisnya Cinta Di Cappadoccia itu turut menekankan betapa pentingnya untuk mencintai diri sendiri. Tidak perlulah kita membandingkan diri kita dengan orang lain kerana setiap daripada  kita memiliki kecantikkannya yang tersendiri.

“Perbandingan adalah sesuatu yang kita perlu elak. Dari dulu lagi Faz selalu tegaskan pentingnya untuk mencintai diri sendiri sebelum orang lain mencintai kita. Bila anda sayangi diri, anda tak akan bandingkan diri anda dengan orang lain.”

Jangan ambil pusing kritikan orang

Untuk membuatkan diri sendiri tidak sakit hati, Fazura mencadangkan untuk tidak membaca ruangan komen.

“Jangan baca komen, kalau ada orang komen cakap negatif dan anda rasa itu bukan diri anda, jangan percaya pada kata-katanya. Kadang kita baca pun, kita tahu orang tu ada niat buruk.

Pelakon cantik itu juga sempat mengingatkan untuk mengambil kritikan yang membina sahaja dan bukannya  kata-kata yang berbentuk negativiti dan kebencian.

Bercakap tentang menyayangi  diri sendiri dan empowerment, Fazura kini bekerjasama dengan penulis lirik dan produksi dari Los Angeles iaitu Cameron Forbes dan Willy Beaman untuk single terbaharunya bertajuk Can’t Forget Me.

Single terbaharu Fazura itu bakal diperdengarkan kepada orang awam pada 18 Januari ini.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my