Dhia Glam

Fesyen baju kurung 80-an kembali jadi trend tahun 2019?

Oleh  | 

TIDAK ada seorang pun yang terlepas untuk merasa teruja dalam melakukan persiapan raya. Lebih-lebih bagi kaum wanita. Selain daripada meyambut kemeriahan raya dengan juadah yang lazat dan berkumpul bersama keluarga, fesyen baju raya juga menjadi perkara penting yang seringkali dititikberatkan kaum wanita pada hari raya.

Baru-baru ini team Dhia berkesempatan menghadiri sebuah acara peragaan fesyen jenama Fiziwoo. Jenama Fiziwoo kian mendapat tempat di hati pencinta fesyen ketika ini dengan hasil rekaan mereka yang relevan dan cantik. Lihat sahaja rekaan baju mereka untuk penyanyi terkenal Dato’ Siti Nurhaliza sempena Konsert Siti Nurhaliza On Tour tempoh hari. Sehingga hari ini, tidak henti-henti pujian yang diberikan oleh orang ramai kepada mereka kerana berjaya menjadikan Tokti stunning gila di atas pentas dengan busana berwarna merah.

Berbalik semula kepada acara peragaan fesyen, jenama Fiziwoo telah memperkenalkan rekaan-rekaan terbaharu mereka bersempena dengan lebaran yang akan datang. Pelbagai jenis rekaan yang dihasilkan mereka sehingga Dhia rambang mata melihatnya. Semuanya cantik-cantik belaka!

Ternyata kebanyakan rekaan Fiziwoo kali ini lebih ke arah klasik. Nama yang diberi untuk rekaan baju mereka juga unik dan berasaskan tumbuhan yang digunakan dalam masakan. Antaranya adalah Kebaya Selasih, Kurung Lengkuas, Kebaya Halia dan Kurung ketumbar.

Apa yang menarik perhatian Dhia adalah rekaan baju mereka mempunyai ropol-ropol di bahagian bahu baju seperti zaman 80-an namun masih bercirikan moden mengikut peredaran masa. Korang  mesti pernah tengok baju-baju ibu korang pada zaman dahulu beropol-ropol di bahagian bahu kan? Ha! Fesyen ropol di bahu ini pernah trending tau.

Foto: Instagram Fiziwoo

Elemen klasik dan moden yang ada dalam rekaan Fiziwoo ini menjadikan rekaan mereka kelihatan elegan dan segar. Ternyata fusion fesyen yang dilakukan oleh mereka telah berjaya menambat hati pencinta fesyen. Memang onz lah kalau korang nak gayakan masa raya pertama nanti betul tak?

Foto: Instagram Fiziwoo

Selain itu, motif fabrik yang digunakan juga sesuai dengan rekaan mereka. Jika pada tahun 80-an corak-corak baju kurung kebanyakannya berwarna terang dan striking, kali ini kita boleh lihat satu rekaan klasik dengan menggunakan fabrik bermotif moden digabungkan dengan warna-warna lembut. Ternyata gabungan klasik dan moden ini berjaya menjadikan rekaan mereka relevan dan diminati saat ini.

Foto: Instagram Fziwoo

Mana tahu trend ropol ini berkemungkinan menjadi relevan dan trending semula pada Syawal tahun ini. Yelah, zaman sekarangkan memang banyak fesyen-fesyen lama dimodenkan semula. Mana-mana pergi mesti ada nampak nilai klasik dalam setiap rekaan. So, rasanya rekaan Fiziwoo mana yang menjadi pilihan pembuka tirai Syawal korang?

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my