Serious?!

Fikir dua kali kalau nak makan ‘bubble tea’ lepas ni!

Oleh  | 

SEKARANG ni trend minuman yang mengandungi pearl ataupun bubble tea menjadi kegilaan masyarakat kita. Tidak dinafikan, minuman yang mengandungi bubble tea ini memang lazat. Lebih-lebih lagi bubble yang kenyal apabila dikunyah semasa minum.

Untuk korang yang obses dengan bubble tea tu, tahu tak baru-baru ini seorang remaja perempuan yang berusia 14 tahun mengalami sembelit yang teruk kerana lebih daripada 100 biji bubble tea ditemui tersekat di dalam tubuh badannya?

Gadis yang berasal daripada Zhejiang China itu mengadu sakit perut dan tidak dapat menggerakkan perutnya lebih daripada 5 hari. Rupa-rupanya, apabila dibawa ke hospital dan pihak hospital melakukan imbasan CT, terdapat objek pelik yang memenuhi ruang perut gadis itu.

Image from AsiaOne/Weibo

Foto: Says

Gadis itu mengakui kepada doktor dia telah minum air yang mengandungi bubble tea 5 hari sebelumnya. Doktor yang merawat gadis itu memberitahu, terdapat banyak biji bubble yang tidak dicerna dengan sempurna sehingga menyekat saluran perut, kolon dan dubur gadis itu.

Menurut doktor itu lagi, bubble tea yang terdapat dalam badan gadis itu merupakan bubble tea yang diminum dalam satu tempoh je. Uish, bayangkanlah sekali minum je boleh buat saluran badan kita tersumbat. Seramnya!

Image result for bubble tea

Foto: D magazine

Pihak Hospital di China telah mengeluarkan amaran kepada orang ramai tentang bahayanya makan bubble tea. Biji yang diperbuat daripada kanji itu sememangnya kenyal dan mengambil masa yang lama untuk dikunyah dan dihadamkan dalam badan. Lebih-lebih lagi sebuah akhbar di China telah memaklumkan terdapat pengusaha minuman bubble tea yang meletakkan pengawet untuk menambahkan kekenyalan bubble tea. 

Kalau korang nak tahu, pengambilan bubble tea secara berterusan boleh mengakibatkan kita mengalami masalah gastrousus tau. Ha, kepada korang yang suka sangat makan bubble tea tu berpada-pada lah. Kalau boleh kurangkan pengambilan bubble tea ye. Risau juga kalau tiba-tiba kita terkena macam gadis di China ni kan? 

Mencegah lebih baik daripada merawat. Ingat tu sayang-sayang semua!

Sumber: Asiaone

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my