Serious?!

Filem Last Christmas: Macam mana kalau ‘prince charming’ memang betul wujud dalam hidup kita?

Oleh  | 

SIAPA yang tak suka filem bergenre romantic comedy  (Romcom) kan? Ini adalah filem yang sesuai kalau kita nak tengok wayang dengan kawan-kawan selepas penat  mengadap kerja dan tugasan harian. Isunya tak berat, kelakar, dan paling penting boleh buat gila gelak sakan.

Sebuah filem baru bakal menggegarkan pawagam kita semua November ini. Last Christmas filem arahan Paul Feig ini bakal dibintangi oleh selebriti kesukaan ramai seperti Henry Golding, Emilia Clarke, dan semestinya, Michele Yeoh! Nak tahu apa paling penting? watak utama dalam filem ini iaitu Kate mempunyai personaliti gadis biasa yang sama macam kita-kita ni. Tak la terlalu to good to be true dan semestinya relatable dengan kita semua.

Kate lakonan Emilia Clarke adalah seorang perempuan yang disifatkan sebagai ‘loser’ bekerja sebagai orang kerdil di sebuah kedai Krismas. Kate sangat malas sampai selalu dikecam oleh orang disekelilingnya. Hinggalah suatu hari datanglah seorang lelaki bernama Tom lakonan si kacak Henry Golding yang telah membawa Kate keluar dari menjadi seorang ‘loser,’

Sejak bertemu Tom, kehidupan Kate berubah lebih baik. Kota London terasa lebih indah. Di sinilah kita dapat mengetahui ‘prince charming’ tidak seharusnya anak raja yang kaya dan kacak. Tetapi cukuplah seorang lelaki yang baik, budiman dan bersopan santun sehingga membuat kita berasa selamat dan dilindungi. Sangat menarik bagaimana Tom memberikan kata semangat dan meyakinkan Kate untuk terus mencapau cita-citanya. Girls! we all need someone like Tom!

Bukan itu sahaja,  muzik yang melatari filem ini juga dicipta oleh George Michael iaitu seorang lagenda penerima anugerah Grammy yang menjual 115 milion album sepanjang hidupnya. Dengar cerita ada juga lagu yang tak pernah diperdengarkan sebelum ini turut terkandung dalam filem ini. OMG! Excited

Sis tak sabar ya nak tunggu November ini dan ajak kawan-kawan tengok cerita ini. Kalau korang pun teruja juga, apa kata kita layan dulu trailer filem ini.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my