Serious?!

‘Finally’, Bella Astillah tekad teruskan hidup tanpa Aliff!

Oleh  | 

SETELAH puas bergelut dengan beberapa episod kecurangan suaminya. Bella Astillah akhirnya memuat naik sebuah kenyataan di laman Instagramnya hari ini memaklumkan dirinya kini sudah bersedia untuk hidup tanpa suaminya, Aliff Aziz.


BACA: Ini kronologi kontroversi perangai temberang Aliff Aziz

Tidak mahu lagi terus hidup makan hati dengan kelakuan suaminya walaupun telah mencuba pelbagai cara untuk mempertahankan mahligai yang dibina. Bella bagaimanapun akur dengan ketentuan takdir dan memilih untuk tidak lagi meneruskan hidup bersama suaminya untuk memberikan hidup yang lebih baik demi anaknya.

Bella juga meminta orang ramai agar dapat memberikannya ruang untuk menenangkan fikiran.

Respon kepada kenyataan yang dimuat naik Bella, ramai rakan artis dan warganet tidak putus-putus memberikan semangat agar Bella tabah menghadapi dugaan ini.

BACA: Lepas kantoi curang, ‘delete gambar’, apa lagi Aliff Aziz oi? 

BACA: Ocha Kongsi : Kalau dah tak mampu nak setia, lepaskan sahaja lah

Rata-rata netizen berpendapat keputusan Bella adalah yang terbaik. Sudah masanya Bella meninggalkan kisah sedihnya dan mengakhiri episod kecurangan seorang Aliff Aziz.

Terdahulu Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Mohamad Ayden Adrean.

 

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my