Dhiaventure

Flight delay? 5 airports ini miliki ruang tunggu termewah dunia

Oleh  | 

PUNYALAH bosan nak tunggu pesawat kita berangkat. Paling tak best bila kita dapat tahu yang pesawat kita mengangguhkan penerbangan mereka atas sebab tertentu. Dah tambah lagi tiga jam. Nak buat apa, kan?

Waktu macam inilah kita akan semakin menghargai ruang tunggu sesuatu airport tersebut. Punyalah tip top ruang tunggu sehingga ada yang menyediakan kerusi empuk, spa dan juga makanan yang disediakan chef terkenal. Bayar sahaja sekali, terus dapat macam-macam. Lepas tu kita tak payah nak risau kalau nak tidur sebab petugas di sana akan kejutkan kita.

Jadi sis nak kongsikan sikit antara lapangan terbang yang mempunyai ruang menunggu termewah dunia.

The Pier First Class Lounge, Hong Kong

Ruang tunggu dekat sini memiliki tema seperti sebuah apartment mewah. Hiasan dalamannya dipenuhi dengan unsur berwarna mewah dan silver di setiap sudut. Kemudahan pula jangan cakaplah. Lengkap dari spa sehinggalah bar.

The Private Room, Singapura

Kalau dah namanya Changi Airport, mestilah kemudahan semua tip top! Selain mewah, ruang tunggu ini juga menawarkan ruang yang agak privasi bertemakan ala-ala Belanda. Memang tak nak keluar la kalau cantik macam ni, kan?

Emirates First Class Lounge, Dubai

Dah macam hotel pula sis tengok ruang tunggu ni. Punyalah mewah tak terkata. Tengoklah dinding dan marmar berwarna emas memang menampakkan ia begitu eksklusif. Apa yang menarik tentang ruang tunggu ini ialah kalau korang memiliki point pelanggan lebih, korang pun boleh bawa masuk tiga orang kawan lagi yang mengikuti penerbangan sama.

JAL First Class Lounge, Japan

Amacam? sangat classy kan? Memandangkan Jepun memang terkenal dengan kulinari. Maka ruang tunggu dekat Lapangan Terbang Tokyo Narita ini akan memanjakan korang dengan makanan bermula dari sushi sehinggalah ramen. Ha, makanlah!

Royal Orchid Spa, Thailand

Kalau sis berkesempatan nak rasai pengalaman ini, sis mungkin akan menangis. Mana taknya, punyalah seronok masuk ke ruangan spa yang hangat dan selesa. Lupa segala masalah. Korang boleh lakukan rawatan spa untuk hilangkan segala tekanan sementara tunggu penerbangan nanti.

Ha, begitulah serba sedikit antara lapangan terbang yang memiliki ruang tunggu termewah dekat dunia ni. Mari kita berusaha kerja lebih kuat supaya dapat rasai pengalaman macam ni, kan? Bestnya!

Sumber: CNN

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my