Serious?!

FLYFM buat hal! Ada ke patut bikin resepi Nachos buat kita tak tidur malam

Oleh  | 

Fuh! Fuh! Fuh! Berita panas untuk peminat Nachos sedunia. Geng FLY FM Mayhem boleh pula buat resepi nachos yang confirm viral iaitu Nachos Masak Lemak Cili Padi. Ya betul, korang tak salah baca. Memang kedengaran pelik sikit dan unik. Ini yang kita mahu.

Ceritanya geng Fly Fm berkolaborasi dengan Anti Nachos Nachos Club yang memang terkenal itu untuk menghasilkan resepi padu ini. Bila je sis dengan resepi ni. Sis punyalah teruja nak rasa macam mana agaknya rasa nachos resepi macam ni. Adakah sesedap masakan masak lemak yang mak sis masak di kampung? Gitu!

via GIPHY

Diorang mula jual nachos ini di Tapak, TTDI. Sis pun apalagi, merempit la ke sana sebab nak pastikan sis antara orang terawal yang bagi update kepada masyarakat dunia di luar sana. Dengan harga RM20, korang akan dapat nachos rangup yang dilapisi cheese, tomato puri, limpahan ayam masak lemak cili padi dan juga cili jeruk.

Ha! Mana nak dapat makanan macam ni dekat luar. Korang hanya boleh dapat dekat Anti Nachos Nachos Club dengan menu dihasilkan oleh geng Fly FM ni sahaja. Korang dah boleh cari menu ni sebab diorang dah start jual. Oleh sebab sis macam tak ada duit sangat haritu. Sis pun paksalah bos ikut.

Biasanya bos ni kalau lepak dengan pekerja, dia akan belanja. Sebab mestilah dia rasa tak sedap pula kalau  gaji tinggi dari kita tapi tak belanja. Hiks! Sis pun apalagi order la sikit. Tengoklah video kitorang dekat atas tu. Ini review ikhlas dari hati yang paling dalam. Tak bohong punya.

Sebagai seorang yang menyukai masak lemak cili padi, sis bagi A plus dengan masak lemak mereka ni. Terangat beb! Tak pedas sangat dan rasa dia sebati je dengan cheese yang cair di mulut. Ditambah pula dengan kerangupan nachos memang buat tak tidur malam.

Apalagi geng, pergilah serbu! Sedap tak tipu.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my