Be-You-Ty

15 krim asas terbaik untuk korang!

Oleh  | 

PEMAKAIAN foundation sangat penting dalam setiap solekan. Foundation berfungsi untuk menutupi kekurangan pada wajah dan membuatkan wajah korang tampak lebih menawan.

So, sis nak kongsi dengan korang, 15 foundation yang terbaik untuk korang gunakan.

BOURJOIS Healthy Mix Serum Foundation

Menggunakan bahan semulajadi yang dapat melembapkan kulit wajah serta menghalang dari kekeringan. Ia adalahsejenis gel dan sangat sesuai untuk korang yang menggunakan bedak asas dalam jumlah yang sedikit.

Teksturnya foundation ini sangat ringan ye korang dan mengandungi ekstrak buah-buahan dan kaya dengan vitamin semulajadi.

L’Oreal True Match Liquid Foundation

Ia bebas minyak dan tiada wangian tambahan amat sesuai untuk korang yang cepat berpeluh di bahagian muka terutamanya di sekitar T zone dan ia tidak akan kelihatan bercapuk di muka.

ELIANTO Whitening Stick Foundation

Ia mudah dipakai, sebati pada kulit dan tidak melekit pada kulit korang. Ianya dapat menutupi semua ketidaksempurnaan pada wajah seperti liang, garis halus dan bintik-bintik gelap.

SILKYGIRL Skin Perfect Liquid Foundation

Mengandungi Nano Seaweed Plus Vitamin E bertindak sebagai anti-oksidan yang melindungi kulit korang dari garisan halus. Ia juga melindungi kulit daripada sinar UVA dan UVB yang berbahaya.

REVLON Colorstay Makeup for Oily

Dengan kawalan bebas minyak dan kekal glowing, ia dapat memberi kemasan matte sehingga 24 jam girls!

E.L.F Acne Fighting Foundation 

Amat sesuai untuk melindungi jerawat dan menutupi kesan parut jerawat. Jika korang mempunyai kulit sensitif, inilah foundation yang sesuai untuk korang!

MAYBELLINE Fit Me Matte + Poreless Liquid Foundation

Dilengkapi dengan micro-powder, ia dapat mengatasi masalah kulit berminyak kerana ia mampu menyerap minyak berlebihan di kulit wajah korang serta membantu melindungi wajah korang.

INNISFREE My Foundation 2.5 

Diekstrak khas dari Kepulauan Jeju dan diperkaya dengan Mineral Cover Complex. Wajah korang pasti akan tampil lebih natural.

NYX Professional Makeup Total Control Drop Foundation

Ia dapat mengekalkan kelembapan sepanjang hari pemakaian. Terdapat 9 warna yang boleh korang pilih mengikut jenis tona kulit korang.

 

THE BODY SHOP Fresh Nude Foundation 

Diperkaya dengan air mawar dan lidah buaya yang dapat menjadikan kulit korang berasa segar. Mengandungi SPF 15 untuk melindungi kulit korang dan menghasilkan kemasan separuh matte. Ia amat sesuai untuk korang yang kulit yang sensitif dan berjerawat.

M.A.C Pro Longwear Nourishing Waterproof Foundation

Formula kalis air, ia tahan selama 24 jam dan bebas dari minyak.

FENTY BEAUTY Pro Filt’r Soft Matte Longwear Foundation 

Formula bebas minyak diperbuat daripada teknologi penyesuaian mengikut cuaca yang tahan terhadap peluh dan kelembapan, sesuai untuk gadis yang berkulit gelap.

NARS Sheer Glow Foundation 

Amat sesuai dipakai setiap hari dan sepanjang masa. Ia juga bersesuaian pada korang yang mempunyai masalah kulit berjerawat.

SIMPLYSITI Argan Wonder Foundation 

Mengandungi minyak Argan, foundation ini bertindak sebagai agen penghapus penuaan dan kulit korang akan kelihatan lebih anjal dan muda. Mempunyai tekstur yang ringan ia dapat menhilangkan garis-garis halus, kedutan kulit dan akan kelihatan lebih sekata

RIMMEL Wake Me Up Foundation 

Stress di tempat kerja dan menyebabkan wajah korang kelihatan letih? Oh no! Foundation dari Rimmel dapat mengembalikan wajah anda tampil segar sepanjang hari. Ia diperkaya dengan Vitamin C dan serbuk mutiara, ianya dapat mencerah serta mengekalkan kesegaran pada kulit wajah korang sepanjang hari.

 

 

 

Sumber: Productnation.co

 

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my