Dhia Glam

Fulamak! Sneakers Nasi Lemak pula bakal menerjah pasaran

Oleh  | 

SEMAKIN menghampiri event kasut terbesar SneakerLAH, bermacam jenis sneaker diinspirasikan dari makanan mula diperkatakan.

Sebelum ini, sebuah kasut dihasilkan hasil inspirasi makanan segera Indonesia iaitu Indomie. Kasut tersebut dihasilkan oleh pemuda berusia 23 tahun dan habis terjual dua hari selepas ia dilancarkan.

Kini, sebuah label jenama kasut daripada Jepun telah memilih Nasi Lemak sebagai inspirasi kasut Sneaker mereka menggunakan siluet GEL-Kayano 5 OG bagi menonjolkan ciri Nasi Lemak dalam kasut mereka.

Kalau dilihat di dalam gampar ini pun, warna-warna yang dihasilkan memang menunjukkan warna makanan kegemaran rakyat Malaysia tersebut seperti kuning, putih, hijau, merah sehingga coklat.

Warna kuning melambangkan telur, hujau seperti timun, merah mewakili nama sambal manakala coklat terinspirasi dari kacang dan ikan bilis.

Amacam?Cukup stylo tak untuk korang pakai seharian dan sesi OOTD bagi memenuhi koleksi gambar di Instagram?

Korang boleh dapatkan kasut Nasi Lemak ini bermula 5 Oktober ini secara ekslusif di acara SnearLAH dengan harga RM599!

Sumber: Kompas

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my